Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

NPRA Batal Notifikasi 4...

PUTRAJAYA - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi empat...

Graduan Cacat Terima Anugerah...

SINTOK – Cacat penglihatan dan pernah tercicir dari sekolah rendah tidak menghalang seorang...

Beri Penekanan R&D Untuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu memberi penekanan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D)...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.3 pada skala Ritcher...

Nana Tak Tolak Jodoh, Tapi Bukan Dengan Suami Orang!

KATA orang, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Tapi kalau kahwin suami orang, bukan ke menempah maut maksudnya tu? Tak pasal-pasal nanti kena tuduh perosak rumah tangga pula.

Bagi penyanyi Siti Nordiana, dia akui bahawa pernah dilamar seorang lelaki berstatus suami orang. Tetapi lamaran itu telah ditolak olehnya kerana tidak mahu menyakiti hati isteri kepada individu berkenaan.

“Memang ada orang yang serius mahu ajak saya berkahwin, tetapi saya terpaksa tolak kerana dia suami orang. Sebagai wanita, tentu saja saya cukup memahami hati golongan Hawa,” katanya dipetik BH Online.

Dalam masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu memberitahu bahawa dia tetap berusaha untuk menjauhkan diri daripada melayan mana-mana lelaki berstatus suami orang bagi mengelakkaan fitnah dan salah faham.

“Kalau boleh mengelak, sudah pasti saya elak dan paling penting, jangan terus dilayan jika mereka nampak berlebih-lebih. Kita juga perlu bijak mengawal diri,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Nana berharap agar tiada mana-mana pihak salah erti tentang prinsip dirinya itu kerana ia bukanlah ditujukan kepada mana-mana individu.

Baginya, keputusan yang dibuatnya itu merupakan perkara baik kerana tiada wanita yang mahu berkongsi kasih dengan orang lain.

Hasil perkahwinan bersama dengan bekas suami yang juga dahulunya seorang pelakon, iaitu Mohd Faizal Yusup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Nakhaei Rayyan, 10.


Namun, selepas tiga tahun menjalin kasih, mereka telah bercerai dan Faizal pula telah meninggal dunia pada 2011 yang lalu akibat serangan jantung.

Dalam perkembangaan lain, Nana kini baru sahaja keluar dengan single baharunya berjudul Hatiku Milikmu, hasil sentuhan produksi Storrytellrs.

Penggambaran muzik video berkenaan telah dijalankaan di Krabi, Thailand dan dibantu oleh dua rakaan baiknya, Fikry Ibrahim serta Alvin Chong.

Selepas sehari dimuat naik, lagu berkenaan telah ditonton sebanyak hampir 80,000 kali di akaun YouTube Seventeen Eleven Music dan mendapat sebanyak 6,000 tanda suka. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori