Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Gadis Cantik Basuh Pinggan...

GADIS dari Vietnam ini menjadi terkenal secara tiba-tiba, selepas gambarnya dimuatnaik ke media...

Covid-19: 3,080 Kes Baharu,...

SHAH ALAM - Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 3,080 kes baharu dan 10 kematian...

“Acik…Aleya Dah Mati”

LANGKAWI - Kata-kata “Acik…Aleya dah mati” oleh anak keempat pasangan suami isteri suspek...

Liow: MCA Siap Siaga...

BENTONG - Tidak kira sama ada ianya bakal jadi 'pertempuran' segenap penjuru mahupun...

Napsiah Pejuang UMNO, Tokoh Melayu Terbilang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar yang meninggal dunia petang tadi.

Najib, dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini, menyifatkan Napsiah sebagai seorang pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Napsiah, 74, meninggal dunia pada 6.10 petang di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya, dekat sini akibat barah hati.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor esok. – BERNAMA

Kategori