Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Anak Syarikat PUC Dapat...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat PUC Bhd, iaitu EPP Solution Sdn Bhd, penyedia...

Bekas Suami Erra Semakin...

SEBELUM ini heboh diperkatakan apabila bekas suami Erra Fazira, Engku Emran dikhabarkan sedang...

Polis Johor Tahan 2...

JOHOR BAHRU - Polis semalam menahan dua lelaki, masing-masing rakyat tempatan dan warga...

Shafei Sedia Bertanding Semula...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie...

Nekad Panjat Gaung Demi Selamatkan Ayah, Adik

JIKA anak kecil ini tidak bertindak nekad memanjat gaung sedalam 200 meter, mungkin tiada siapa jumpa mayat bapa dan adiknya.

Di Gerik, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun nekad memanjat gaung bagi meminta pertolongan selepas kereta dinaiki bersama bapa dan adiknya terjunam ke dalam gaung, malam kelmarin.

Insiden berlaku jam 7.30 malam di KM27 Jalan Gerik – Kupang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Md Zahar Md Ali, 38, dan anaknya berusia tujuh tahun Muhammad Faris, maut di tempat kejadian.

Isteri mangsa, Norfaizah Abdullah berkata, arwah suaminya tidak banyak berborak bersamanya dan anak-anak sejak kebelakangan ini malah kerap menasihatkan anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh.

“Arwah kurang bercakap sejak akhir-akhir ini. Kalau berbual bersama anak-anak dia banyak berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh bagi berjaya.

“Dia pun ada kata kalau keputusan tidak bagus tahun ini, dia tak mahu beli baju raya untuk anak-anak. Itu kata-kata arwah yang saya perasan kerana selalunya dia tidak pernah bercakap macam itu,” katanya.

Tambahnya, arwah juga sempat meluahkan hasrat mahu melangsaikan semua hutang dan beberapa perkara namun dia tidak mengesyaki apa-apa waktu itu.

“Mengikut percangan, arwah suami pulang ke Kampung Charok Siput di Baling untuk melawat ibu bapanya, Md Ali Teh, 85 dan Sofiah Hashim, 70, yang kurang sihat.

“Arwah ada ajak tapi saya dan anak perempuan tak boleh ikut, jadi dia bercadang pergi bersama dua lagi anak kami. Saya sempat bersalam dan meminta izin arwah untuk keluar beli barang dapur. Jam 11.30 malam, ada jiran bertanya khabar suami, saya tak syak apa-apa sampailah dihubungi polis,” ujarnya.

Meskipun sedih, Norfaizah reda dengan ketentuan takdir dan akan berusaha sebaiknya membesarkan empat lagi anaknya.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima anak iaitu, Nur Faqihah Md Zahar, 11, Muhammad Firdaus, 9, (cedera), Muhammad Faris, 7, (arwah), Nur Zahirah, 5, dan Nur Zafirah, enam bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kereta jenis Proton Exora dinaiki keluarga itu dalam perjalanan ke Baling, Kedah untuk menziarahi bapa Md Zahar yang kurang sihat.


Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 200 meter.

“Berdasarkan maklumat, pada jam 7.45 malam, seorang pengguna jalan tersebut dari arah Kupang ke Gerik ternampak seorang lagi mangsa, Muhammad Firdaus berada di tepi jalan.

“Keadaan kanak-kanak itu berlumuran darah. Saksi tersebut berpatah balik ke arah kanak-kanak itu. Kanak-kanak malang itu beritahu bapa dan adiknya terjatuh ke dalam gaung.

“Lelaki itu kemudiannya terus menghubungi talian kecemasan bagi melaporkan kes tersebut,” katanya.

Tambah Ismail, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa segera dijalankan diketuai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik.

“Selepas beberapa jam operasi mencari, mayat Muhammad Faris ditemukan pada jam 10.25 malam dan mayat bapanya pula pada jam 11.40 malam.

“Seorang lagi mangsa (Muhammad Firdaus) yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dibawa ke Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Anggota bertindak menghubungi waris bagi memaklumkan kes tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes itu akan diteruskan,” ujarnya. – mStar Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori