Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

SPRM Diminta Siasat Pencerobohan...

TAWAU - Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Wanita Dakwa Dibuli ‘Samseng...

SEMALAM kecoh di laman Facebook mengenai dakwaan insiden samseng jalanan di Lebuhraya PLUS...

Kes Bunuh Diri Naik...

DATA terbaru kerajaan Israel menunjukkan kes bunuh diri di negara itu meningkat pada...

Petronas Beri Kerjasama Berhubung...

PETALING JAYA : Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya...

Nelayan Selamat Pulang Selepas 2 Tahun Ditahan

SUNGAI BESAR – Seorang nelayan tempatan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dua tahun lalu kerana menceroboh perairan negara itu selamat pulang ke pangkuan keluarga di sini, hari ini.

Mangsa Chia Kee Chan, 52, yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 17 Februari 2016, dibebaskan hari ini selepas Malaysia dan Indonesia bersetuju membebaskan nelayan yang telah ditahan kerana menceroboh kawasan perairan negara masing-masing.

Kepulangan Chia diiringi anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12 tengah hari.

Ketibaan Chia di Sekinchan turut disambut Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, barisan kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) bahagian itu serta anggota keluarga terdekat.

Chia ketika ditemui wartawan berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membebaskannya dari tahanan pihak berkuasa Indonesia lima bulan lebih awal daripada tempoh sepatutnya.

“Saya tak sangka dapat balik ke Malaysia lebih awal. Terima kasih Perdana Menteri dan kerajaan kerana membantu membebaskan saya.

“Tiada apa yang dapat diungkapkan lagi buat masa ini, malam ini keluarga ada buat sedikit jamuan makan-makan untuk meraikan kepulangan saya,” katanya.

Sementara itu isteri Chia, Su Hung, 40, berkata, pembebasan suaminya itu amat dinantikan seluruh ahli keluarga.


“Hari ini amat besar ertinya bagi saya sebab suami dah ada depan mata, hampir dua tahun kami sekeluarga menanti saat ini,” katanya.

Sementara itu, Budiman ketika ditemui pemberita berkata, hasil kesepakatan Malaysia dan Indonesia, satu mesyuarat berhubung pembebasan nelayan telah diadakan di antara Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti pada 11 Januari lalu.

“Menerusi mesyuarat itu, kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk membebaskan semua nelayan tempatan (Malaysia) yang ditahan secara berperingkat bermula Februari lepas.

“Saya juga sebelum ini telah mengambil inisiatif untuk membawa dan menemukan ahli keluarga nelayan ini di Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia,” katanya. – BERNAMA

Kategori