Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SOP Ketat Bukan Jaminan...

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bukan jaminan utama untuk mengekang...

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terus...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan...

PAS Gantung Doa Qunut...

TUMPAT (Kelantan) - Kempen PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor...

SIC Adakan Pemilihan Siri...

KUALA LUMPUR - Perlumbaan bagi mendapatkan tempat untuk bersaing pada Siri Go-Kart Kebangsaan...

Nenek 97 Tahun Angkat Berat Dapat Emas

BIASANYA warga emas yang mencecah umur 90 tahun ke atas lebih banyak menghabiskan masa yang tersisas dengan duduk dan melakukan aktiviti ringan tetapi hal yang sebaliknya berlaku oleh seorang nenek 97 tahun yang mempu mengangkat berat.

Lapor CNN Indonesia, pada asalnya, Edith Traina yang merupakan guru tarian namun dia telah berkecimpung dalam sukan akan berat sejak enam tahun lalu apabila rakannya membawa dia ke pusat gimnasium Akademi Bill Beekley.

“Saya punya kawan bernama Carmen. Dia yang memperkenalkan saya dengan sukan ini dan membawa saya ke gym,”Ā katanya.

Setiap minggu, wanita tua dari Florida, Amerika Syarikat ini akan mengambil masa sebanyak 3 kali melakukan latihan angkat berat di gym.

Sejak itu, dia mula mengambil bahagian dalam beberapa sukan angkat berat dan berjaya merangkul beberapa pingat emas.

Kelebihan Traina mendapat perhatian dan penghormatan apabila salah satu pertandingan angkat berat telah diadakan bersempena namanya iaitu Edith Traina Inspirational Open 2018.


Pertandingan tersebut diadakan di Fasiliti Latihan Stronglife di sini yang mana disertai peserta remaja berumur 13 tahun dan beberapa individu warga emas.

Selain itu, dia telah mengambil bahagian dalamĀ enamĀ pertandingan sepanjang tahunĀ danĀ baru-baru ini memenangiĀ pingat emasĀ di Polk County Senior GamesĀ 2018 dalam bahagianĀ 95-99 dan merupakan satu-satunya peserta yang bertanding.

Traina juga bercita-cita mahu mengangkat beban seberat 90 kilogram sebelum mencapai usia 100 tahun.

Dia juga berharap agar ada warga emas lain yang menyertai sukan ini dan mampu menjadi saingan buat dirinya.Ā ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori