KEJAM… Seorang nenek berusia 83 tahun yang nyanyuk, telah dirantai di depan pintu oleh adik tirinya bagi mengelakkan dia merayau-rayau dan sesat di Chachoengsao, Thailand.
Nenek Chuam itu ditemui oleh jirannya, Chang Neung, selepas adik tirinya, Wimol, 65, meminta dia memerhatikan Chuam ketika wanita itu keluar.
Chang kemudiannya mendapati nenek Chuam diikat dengan rantai besi yang telah karat dan besi itu telah menusuk ke kaki warga emas tersebut hingga luka dan berdarah.
Terkejut dengan penderaan itu, Chang menggunakan gergaji untuk memotong rantai besi tersebut.
Laporan polis turut dibuat dan pihak berkuasa kemudiannya menyoal siasat Wimol. Walaupun ia nampak kejam dan tidak berperi kemanusiaan, namun Wimol memberitahu dia terpaksa berbuat demikian demi keselamatan kakaknya.
Chuam tidak mempunyai anak dan tinggal bersendirian menyebabkan Wimol terpaksa menjaganya.
Wimol juga memberitahu bahawa kakak tirinya itu mengalami nyanyuk dan sering merayau. Malah baru-baru ini keluarganya menemui nenek Chuam bersendirian di sawah.
Pihak berkuasa telah merawat nenek Chaum dan memberinya bekalan makanan dan ubat. Mereka juga berjanji untuk memantau keadaannya. – MYNEWSHUB.CC