Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Zahid Tak Buat ‘U-Turn’...

KUALA LUMPUR - Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad...

Had Umur Mengundi Tidak...

KUALA LUMPUR - Pindaan pendaftaran warganegara berusia 18 tahun ke atas secara automatik...

Pelajar Keluarga B40 Diberi...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan kerajaan masih lagi...

Ramai Puji Filem Fan...

SELEPAS muncul dalam filem Dilwale, Raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan (SRK) sekali...

Nina Iskandar Belum Ada Perancangan Kahwin

PELAKON berasal dari Brunei, Nina Iskandar mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka yang baru dikenali beberapa bulan lalu.

Pun begitu, pelakon yang dikenali menerusi drama bertajuk Lari Mira itu masih belum merancang untuk menamatkan zaman bujangnya.

Nina berkata, hubungan dengan jejaka yang dikenali sebagai Yusree Abas itu masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing meskipun hubungan mereka agak rapat.

“Memang saya sedang rapat dengan seseorang yang rapat, namun perancangan masa depan saya serahkan kepada keadaan. Kami tidak pernah meletak sebarang status terhadap hubungan ini.

“Jika ditanya mengenai perkahwinan, jujur saya katakan masih belum ada perancangan. Ketika ini, saya tidak mempunyai apa-apa jawapan mengenai perkahwinan.

“Mungkin beberapa tahun lagi, saya akan menemui jawapannya. Sampai masa saya akan kongsi,” katanya dipetik BH Online, hari ini.


Jelas Nina lagi, dia juga tidak akan berahsia sekiranya sudah tiba masa untuk mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, ditanya mengenai pencalonan awal yang diterimanya bagi kategori Aktres Wanita Pilihan, DFKL 2018, Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar mengakui terharu apabila penerbit mula memberi kepercayaan untuk dia membawa watak berat.

Katanya, tuntutan watak yang banyak bermain emosi memerlukan Nina memberi fokus penuh terhadap kerjaya seni. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori