Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rosyam Mula Misi 47.2km...

SHAH ALAM - Selebriti tempatan, Datuk Rosyam Nor memulakan misi berjalan kaki sejauh...

Bayi Kembar Hidap Penyakit...

'BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.Sepasang suami isteri yang tinggal di Dabong,...

Tian Chua Dibebas 27...

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Batu Tian Chua akan dibebaskan pada 27 Oktober...

Nahas Udara Libat Orang...

KUALA LUMPUR - Nahas udara melibatkan helikopter dan kapal terbang ringan yang membawa...

Nizam Tekad Terus Perjuangan Tawfiq Bela Apas

TAWAU – Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, yang juga adik kepada Allahyarham Datuk Tawfiq, bertekad meneruskan perjuangan abangnya membela dan menjaga kebajikan penduduk di Apas.

Nizam, 55, berkata sejarah keluarganya yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Tawau, termasuk Tawfiq yang merupakan penyandang kerusi Apas untuk dua penggal, menjadikan beliau mempunyai tanggungjawab besar terpikul di bahunya.

“Arwah abang telah melaksanakan tugas cukup sempurna selama 10 tahun berkhidmat sebagai ADUN Apas sudah pasti ada harapan tinggi diletakkan di bahu saya.

Apatah lagi saya membawa imej keluarga dan saya akan meneruskan legasi perjuangan abang, amanah perjuangan abang dalam menyantuni rakyat di DUN Apas ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Tawfiq yang meninggal dunia pada 14 Mac lepas akibat kanser usus merupakan penyandang DUN Apas selama dua penggal sejak PRU ke-12.

Nizam berkata, beliau perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan kemenangan luar biasa di DUN Apas pada PRU14 ini.

“Saya akan fokus kepada kerja-kerja yang belum sempat diselesaikan oleh abang dan perkara itu termasuk menyediakan keperluan asas sepenuhnya untuk rakyat seperti jalan (raya), bekalan elektrik dan air kerana terdapat masalah bekalan air di beberapa kawasan DUN Apas berpunca dari tekanan air,” katanya.

Nizam dalam pada itu berkata akan menumpukan usaha memastikan penduduk di Apas tidak ketinggalan dalam apa jua bidang termasuk memperkasakan golongan belia dan wanita di Apas serta pembangunan pendidikan.

“Misalnya saya mahu melihat dan memberi ruang kepada belia di Apas yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi mempunyai asas berniaga dan mampu untuk menjadi usahawan.

“Mungkin kita wujudkan tapak berniaga belia di kampung-kampung dalam DUN ini untuk belia berniaga,” katanya.


Tidak hanya itu, golongan wanita di Apas tidak akan dipinggirkan kerana wanita merupakan penyokong kuat BN dan tunjang kepada kekuatan kerajaan hari ini, katanya.

“Kita akan bantu wanita di sini untuk akses pelbagai program yang disediakan kerajaan berkaitan wanita, kerana dalam Manifesto BN yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, perkara pertama disebut adalah memperkasakan golongan wanita. Program kerajaan adalah platform terbaik tingkatkan wanita untuk berjaya,” katanya.

Di samping itu, Nizam akan meneruskan hasrat abangnya untuk mewujudkan Yayasan Pendidikan bagi DUN Apas dalam usaha membantu anak-anak tidak berkemampuan menyambung pelajaran.

“Selain pewujudan yayasan ini, saya juga berminat menumpukan pembangunan pendidikan Islam kerana pendidikan agama adalah penting diterapkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Sementara itu, Nizam yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau berkata sejak lima tahun lepas Kerajaan BN telah menyediakan sejumlah besar peruntukan bagi kerja-kerja membina rumah serta baik pulih rumah di DUN Apas.

Katanya 46 rumah dibina manakala 343 rumah lagi dibaik pulih di bawah Program Bantuan Rumah (PBR)

“Ini akan diteruskan selagi BN diberi mandat menang pada PRU14 ini, dan saya akan akan menjadi jambatan rakyat kepada kerajaan jika terpilih menjadi wakil rakyat DUN ini,” katanya. -BERNAMA

Kategori