Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Jenazah Amirul Ashraff Dibawa...

PUTRAJAYA - Jenazah Amirul Ashraff Md. Azhar, pelajar Malaysia yang meninggal dunia selepas...

Shakira Bakal Didakwa Elak...

MADRID - Pendakwa raya Sepanyol akan memfailkan aduan terhadap Shakira kerana dakwaan mengelakkan...

Tarikh PRK Tanjung Piai...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan telah menerima pemakluman rasmi kekosongan...

Pelajar & Guru Wakili...

SEPANG - Dua orang pelajar dan seorang guru dari Terengganu akan mewakili negara...

Nora Danish Akui Menangis Anak Dikutuk Netizen

HATI ibu mana yang tidak sedih apabila anak menjadi mangsa penghinaan dan bahan kritikan menerusi media sosial oleh sesetengah masyarakat.

Itulah situasi yang dihadapi oleh aktres, Nora Danish sejak melahirkan bayi keduanya iaitu Neqarl Nedim apabila rupa paras anaknya dipertikaikan segelintir netizen baru-baru ini.

Menurut Nora, dia mengakui berasa sedih dengan kata-kata berbaur hinaan yang dilemparkan dan tidak menafikan menangis ketika membaca komen negatif tersebut.

“Saya juga manusia biasa yang mana bila melihat atau membaca orang yang mengutuk diri saya fizikal muka macam babi dan sebagainya saya boleh menerima.

“Tetapi untuk anak saya yang baru lahir suci seperti kain putih untuk netizen di luar sana bukannya banyak pun segelintir sahaja yang cakap demikian kata anak saya begitu begini sudah tentu saya menangis,” katanya dipetik sebuah portal online.

Meskipun sudah lali dengan kecaman netizen dan tidak mahu terlalu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan namun dia mengakui sensitif apabila melibatkan soal anak.


Ujar Nora lagi, suaminya iaitu Nedim Nazri adalah insan yang banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat ketika berdepan saat sedih itu.

“Suami saya selalu pesan kenapa perlu ambil serius (komen negatif), dia kata sepatutnya saya dah tahu semua ini dan sebagai selebriti memang kita kena kebal dengan benda macam ini,” ujar aktres itu.

Sebelum ini, seorang wanita memuat naik status yang mengundang ‘amarah’ ramai pihak di media sosial yang disifatkan mengutuk rupa paras Neqarl atau lebih dikenali sebagai Ney Ney.

Difahamkan, wanita tersebut mempersoalkan kenapa wajah anak aktres berkenaan tidak comel sedangkan ibu bapanya pula adalah kacak dan cantik. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori