Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Genap Seminggu Insiden Kekecohan...

SUBANG JAYA - Genap seminggu insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ...

Siri Setem Khas Sempena...

​KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi siri setem...

Agihan Pendapatan ASB 5.00...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera...

KPM Nafi Tender Asrama...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan tulisan menerusi akaun Facebook, Rafi Awg...

Nur Risteena Akui Tidak Suka Lelaki ‘Miang’

PELAKON cantik, Nur Risteena mengaku tidak suka terhadap lelaki yang sudah berumah tangga namun masih menggatal dengan wanita lain.

Memetik laporan BH Online, Risteena berkata dia memahami perasaan dan naluri seorang wanita apabila diri dicurangi oleh pasangan sendiri.

“Saya tak nafikan lelaki boleh kahwin lebih daripada satu. Kita tak boleh elak suami berkahwin dengan wanita lain, tetapi kita boleh mengelak daripada mengahwini suami orang.

“Memang, saya pernah berhadapan dengan keadaan didekati suami orang yang hidung belang. 

“Namun, apabila mendapat tahu dia mempunyai niat tertentu, cepat-cepat saya tarik diri. Buat apa kita nak layan orang yang memang ada niat tak baik?” katanya.

Dalam pada itu, Risteena ketika diminta berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, dia mengharapkan mempunyai seorang suami yang mampu menyayangi dirinya sepenuh hati.


“Saya tak kisah kalau lelaki itu tidak boleh memberikan kemewahan, asalkan dia dapat menyayangi dan menjaga saya dengan baik.

“Saya juga berharap ditemukan dengan lelaki bukan ‘kaki perempuan’ kerana saya pernah melalui pengalaman itu, sebelum ini. Bagaimanapun, buat waktu ini fokus saya adalah pada lakonan dan perniagaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Risteena dikatakan bakal muncul dengan bakal muncul dengan filem terbaru bertajuk, Qhaliq arahan pengarah berpengalaman, Ahmad Idham. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori