Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Apa Kejayaan Darurat –...

DARI FB NAJIB RAZAKSETELAH dilaksanakan 3 bulan, Darurat tak berjaya putuskan penularan Covid...

Bekalan Tepung Gandum Di...

PARIT BUNTAR - Bekalan tepung gandum di daerah Kerian mencukupi, kata Pegawai Penguatkuasa...

PAS Putus Tiga Exco...

KUALA LUMPUR - Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat...

Fan BingBing, Pelakon Wanita...

PELAKON yang berasal dari China, Fan Bingbing telah menjadi satu-satunya wakil pelakon wanita...

Padah Pakai Gelang Getah, Kanak-Kanak Dibedah

GARA-gara suka memakai gelang getah, seorang kanak-kanak perempuan berdepan dengan bahaya apabila gelang getah itu tertanam di dalam kulit tangannya.

Kanak-kanak berusia empat tahun itu dikenali sebagai Le Le, telah dibawa ke hospital oleh ibu bapanya selepas mereka mendapati lengannya membengkak.

Le Le pertama kali dibawa ke hospital setahun yang lepas oleh datuk dan neneknya namun doktor ketika itu gagal mengesan gelang getah berkenaan dan mendapati gejala itu mungkin disebabkan oleh alahan atau jangkitan.

Namun apabila tangannya semakin teruk, ibu bapa Le Le memutuskan untuk membawa anak mereka ke Hospital Kanak-kanak di Linquan.

Di situ, Dr. Ye Wensong memberitahu ibu bapa Le Le bahawa terdapat seperti gelang getah tertanam di dalam kulit anak mereka. Ibu bapanya pada mulanya enggan percaya namun mereka membiarkan doktor membuat imbasan.


Menurut Dr. Ye, sepanjang menjadi doktor selama 20 tahun, beliau pernah melihat satu kejadian yang sama berlaku kepada pesakitnya.

Dr. Ye juga berkata, mungkin keluarga Le Le tidak nampak kanak-kanak berkenaan memakai gelang getah berkenaan.

Pembedahan dijalankan ke atas Le Le dan gelang getah itu berjaya dibuang. – Mynewshub.cc

Kategori