PENYANYI, Elly Mazlein sekali lagi menjadi bualan hangat netizen gara-gara bertindak sindir bekas suaminya, Azmi Hatta menerusi salah satu entri terbaru di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Menerusi posting berkenaan, Elly dilihat menyindir bekas suaminya secara terang-terangan berhubung perihal penjagaan serta nafkah untuk cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini iaitu Putri Sara Sefhia.
Apa yang lebih mengejutkan, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi turut mentioned nama bekas suaminya itu pada entri berkenaan.
Tidak terhenti di situ sahaja, malah penyanyi yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom itu juga menggunakan beberapa tanda pagar (hashtag) yang dilihat agak ‘padu’ untuk menyampaikan mesej kepada Azmi.
Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 November 2014 namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika penyanyi wanita itu sedang sarat mengandung empat bulan.
Kemudian, Azmi berkahwin pula dengan pelakon drama Istikharah Cinta iaitu Faye Khusairi pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Alif Azmi. – MYNEWSHUB.CC/AM