Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nahas 11 Kenderaan Di...

KUALA LUMPUR : Satu nahas membabitkan 11 kenderaan termasuk sebuah lori dilaporkan berlaku...

Lapisan Ais Terbesar Dunia...

LONDON : Satu kajian mendedahkan lapisan ais terbesar di dunia berisiko menyebabkan paras...

Liew Daren, Zii Jia...

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren berada dalam kelas tersendiri...

Punca Sebenar Annuar Tarik...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa menjelaskan antara sebab beliau menarik diri...

Pahang Dalami Pendidikan Sains Di Ekspo MSN 2018

KUALA LUMPUR – Minggu Sains Negara 2018 (MSN 2018) peringkat negeri Pahang menawarkan peluang untuk mempelajari kepentingan dan manfaat pendidikan sains kepada penduduk tempatan, termasuk beribu-ribu pelajar sekolah, universiti serta belia dari Temerloh dan beberapa daerah lain di negeri itu.

Bertema “Negaraku Berinovasi”, acara dua hari itu berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh mulai hari ini, yang dipelopori oleh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang.

Menurut kenyataan TPM yang dikeluarkan di sini, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob telah merasmikan majlis pelancaran acara itu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Pegawai Daerah Temerloh Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Dr Ramzah Dambul; dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TPM Datuk Ir. Mohd Azman Shahidin.

Antara tarikan utama acara itu ialah penampilan istimewa Angkasawan Malaysia Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, sesi bertemu dan beramah mesra Upin Ipin, aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), cabutan bertuah, mesin simulasi Formula One (F1), dron serta pameran robotik.


MSN 2018 adalah program seluruh negara anjuran MOSTI, dan acara utama berlangsung selama seminggu di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara yang berakhir pada 7 April. – BERNAMA

Kategori