Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

OIC Iktiraf Baitulmaqdis Ibu...

ISTANBUL - Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebulat suara iktiraf...

Najib Dakwa Laporan Berita...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri menempelak laporan The Edge yang mendakwa polis mendapati...

Demi Ibu, 2 Beradik...

DEMI berjumpa ibu, dua orang kanak-kanak yang masih berbaju tidur berjalan kaki berpuluh...

Video: “Parang Aku Lagi...

SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi 'parang memarang' antara perompak dengan...

Pahang Lawan JDT: Jangan Cetus Provokasi

KUANTAN – Penyokong pasukan bola sepak Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan bertemu di Stadium Darul Makmur di sini esok, dinasihatkan agar tidak menimbulkan provokasi yang boleh mencetuskan kekecohan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata ini termasuk provokasi menerusi media sosial.

“Penyokong diminta untuk tidak membawa barang-barang yang dilarang seperti suar, mercun dan senjata tajam ke dalam stadium.

“Tindakan undang-undang akan diambil jika mereka didapati melanggar arahan ini dan juga ke atas mereka yang cuba mencetuskan pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Noor juga meminta supaya penyokong tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan yang boleh menganggu lalu lintas selain datang awal ke stadium bagi mengelakkan kesesakan.


Katanya pintu masuk stadium akan dibuka bermula 6 petang.

Esok, skuad Tok Gajah akan menerima kunjungan pasukan Harimau Selatan itu untuk saingan suku akhir pertama Piala FA 2018. – BERNAMA

Kategori