Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Hari Tu Campak Kerusi,...

SIKAP tidak bertanggungjawab seorang individu yang baling televisyen dari tingkat atas sebuah pangsapuri...

Perompak Gagal Rompak Mesin...

MIRI - Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik...

Pengusaha Bauksit Akur Arahan...

KUANTAN - Tidak ada sebarang pelanggaran arahan moratorium perlombongan bauksit yang dikesan berlaku...

Peluru Tercicir Di Hulu...

GEMPAR kelmarin apabila sebanyak 176 butir peluru hidup jenis SME-02 telah ditemui bertaburan...

Pahang Tak Pernah Lulus Tanah Tani Kepada Warga Asing

KUANTAN – Kerajaan Pahang hari ini menafikan dakwaan bahawa ribuan hektar tanah di Bentong dan Raub kini telah dijual kepada warga China bagi tujuan penanaman durian Musang King.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan permohonan menukar hak milik tanah kepada bukan warganegara.

“Dasar kerajaan negeri adalah kita tidak meluluskan permohonan tanah kepada warga asing, apatah lagi jika ia melibatkan tanah untuk tujuan pertanian.

“Bukan setakat tanah, malah untuk pemilikan harta jenis ‘landed property’ (kediaman di tanah) juga tidak diluluskan kepada warga asing,” katanya ketika dihubung Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Presiden Pencinta Alam Malaysia Khaidir Ahmad menerusi laman sosial bahawa warga China memonopoli ribuan hektar tanah di Bentong dan Raub dengan membuka dusun buah durian Musang King.


Mengulas lanjut, Muhammad Safian juga berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan permohonan rakyat untuk membuka tanah pertanian sehingga beribu-ribu hektar.

“… mana ada tanah seluas itu (diluluskan). Bukan semudah itu kita hendak luluskan permohonan tanah, yang ada pun setakat 50 atau 100 ekar (kira-kira 20 ke 40 hektar) sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori