Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kenapa The Red Devils...

LONDON – Manchester United (MU) akan berhadapan dengan Crystal Palace di Final Piala...

Proton Ambil Berat Isu...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton...

MCA Guna Logo Sendiri...

TANDING... Komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengumumkan akan guna logo parti itu...

Angkatan Muda Keadilan Anggap...

KUALA LUMPUR -  Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Pakar Motivasi Terkenal Antara Calon BN Terengganu

GEMPUR… Barisan Nasional (BN) Terengganu membuat kejutan apabila bakal mempertaruhkan pakar motivasi terkenal, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad sebagai antara calon disenaraikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara itu pada program di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus hari ini bagaimanapun tidak menyebut kerusi mana beliau akan diletakkan.

Tengku Asmadi yang lahir pada 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, namun dinamakan antara bakal calon BN di Parlimen Kuala Nerus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bulan depan.

Selain aktif sebagai penceramah motivasi, Tengku Asmadi merupakan Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, Yang Di Pertua Silat Hijrah Malaysia serta aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Ahmad Razif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus turut menyenaraikan Pegawai Pembangunan Parlimen itu, Datuk Mohd. Basir Ismail dan dua Pegawai Penyelaras Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu.

Mereka ialah Tuan Arif Sahibu Fadillah Tuan Ahmad yang menyelaras di DUN Bukit Tunggal dan Che Mansor Salleh sebagai penyelaras di Teluk Pasu tetapi kini dinamakan sebagai Bukit Gading ekoran persempadanan semula.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Terengganu itu namun tidak menyatakan secara khusus bagi kerusi kawasan mana calon-calon tersebut akan diletakkan dalam membawa cabaran BN menghadapi PRU ke-14.

Bagaimanapun difahamkan Ahmad Razif akan kekal di DUN Seberang Takir manakala Basir di Tepuh, Tuan Arif (Bukit Tunggal), Che Mansor bagi Buluh Gading manakala Tengku Asmadi bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus.


“Saya umumkan yang kelima-lima calon ini sudah sah akan bertanding bagi kerusi DUN dan Parlimen Kuala Nerus, tetapi tempat saya tidak mahu beritahu, kita tunggu secara rasmi pengumuman sama ada pada Ahad atau Isnin.

“Selain itu, saya juga ingin mengumumkan bahawa Toh Puan Zaiton Mohd. Amin adalah satu-satunya calon wanita di Terengganu yang akan diketengahkan BN untuk persaingan PRU ke-14 kali ini,” kata Ahmad Razif lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) Terengganu 2018.

Turut hadir sama ialah isterinya, Toh Puan Seri Halina Zakaria merangkap Yang Dipertua Serikandi. Ahmad Razif memberitahu, BN Terengganu menampilkan 19 muka baharu di samping tiga calon muda berusia bawah 40 tahun.

Beliau juga memberi bayangan ada antara penyandang bakal digugurkan dan berkata: “InsyaAllah sehari, dua lagi kita akan umumkan semuanya. Sebahagian daripada mereka (calon) sudah tahu.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori