KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan hari ini mempersoalkan adakah kerajaan-kerajaan Arab lebih baik berbanding DAP?
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Wilayah Persekutuan, Kamal Koh mendakwa kononnya DAP memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak rakyat.
Malah, katanya, beliau secara peribadi menyokong DAP kerana mendakwa kononnya DAP mendukung Perlembagaan Malaysia.
“DAP perjuangkan kebebasan suara dan hak rakyat di bawah fahaman demokrasi. (Andaikata ini tidak cucuk dengan Islam, adakah kerajaan-kerajaan Arab lebih baik dari DAP?) ,” dakwanya di Facebook hari ini.
Kamal turut mempersoalkan adakah Islam boleh membangun dengan pesat di Malaysia jika negara hancur dan miskin.
Justeru, dakwanya, Melayu yang cerdik akan berterima kasih kepada DAP, manakala Melayu bodoh akan marah kepada DAP.
Dakwa beliau, Melayu bodoh itu termakan hasutan lebai PAS dan Professor Dr. Redhuan Tee.
Redhuan yang juga penceramah agama pernah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP anti Islam..
Ia termasuk mencerca hukum Allah, menentang usaha memperkasakan undang-undang syariah dan membantah khutbah Jumaat.
DAP bagaimanapun akan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) bagi memperdaya pengundi Melayu. – Mynewshub.cc