KUALA LUMPUR – Hukuman gantung mandatori yang terkandung dalam mana-mana akta akan dibatalkan jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, hukuman gantung mandatori adalah peruntukkan undang-undang yang zalim dan menekan rakyat.
Berikut antara senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati di Malaysia sejak sekian lama:
– Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong (Seksyen 121 Kanun Keseksaan)
– Pengedaran dan penyeludupan dadah (Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952)
– Geng rompakan dengan pembunuhan (Seksyen 396 Kanun Keseksaan)
– Pembunuhan (Seksyen 302 Kanun Keseksaan)
– Menculik atau melarikan untuk membunuh (Seksyen 364 Kanun Keseksaan)
– Tebusan (Seksyen 374A Kanun Keseksaan)
– Pemilikan senjata api (Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960)
– Bersubahat bagi (Angkatan Bersenjata) (Seksyen 132 Kanun Keseksaan)
– Menyubahati membunuh diri (Seksyen 305 Kanun Keseksaan) – MYNEWSHUB.CC
*Sekadar Video Hiasan…