Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Auntie Anne’s Tak...

SUSULAN viral mengenai isu kiosk bakeri pretzel terkenal, Auntie Anne's yang didakwa tidak...

“Biar SPR Bebas Buat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan melaksanakan kajian untuk menambah kawasan pilihan raya...

Cukai Naik, Harga Rokok...

SINGAPURA - Penduduk sekitar Johor di negara jirannya, Malaysia bakal menyaksikan kebanjiran ramai...

Program Mengenang Pendeta Za’ba...

SEREMBAN - Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) akan menganjurkan program khas 'Mengenang Pendeta...

Pan Borneo Di Sarawak, 2% Cepat Daripada Jadual

KUALA LUPUR – Pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak berada pada tahap kira-kira dua peratus lebih cepat daripada jadual, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata secara keseluruhan sehingga Mac lepas, kemajuan pembinaannya adalah 14.76 peratus berbanding jadual asal 12.78 peratus.

Beliau berkata projek infrastruktur mega di negeri berkenaan yang bermula dari Telok Melano, Sematan sehingga ke Miri itu terdiri daripada 11 pakej yang dibina secara berperingkat sejak September 2016.

“Kesemua pakej sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun 2021,” katanya semasa menjawab soalan Chong Chieng Jen ( DAP-Bandar Kuching) yang ingin tahu status kemajuan semasa projek lebuh raya berkenaan di negeri Sarawak.

Mengulas lanjut, Rosnah berkata kos bagi setiap pakej adalah antara RM580 juta sehingga RM2.11 bilion. – BERNAMA

Kategori