Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

6 Batang Besi Tertusuk...

XIANGYANG - Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya.Xie...

Tiada Dalam Data, Sijil...

AWAL Disember lalu, isteri vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun pernah membuat laporan...

Explaining Children Destruction

There isn't any use of choosing any kind of educational services should you...

Utusan, Mingguan Malaysia Saiz...

BERGAYA... Selepas lebih 54 tahun bangga bersaiz broadsheet atau besar, Mingguan Malaysia akhirnya...

PAN Umum 9 Calon Bertanding Di N.Sembilan

SEREMBAN – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan sembilan individu sebagai calon parti itu, empat daripadanya adalah muka baharu yang akan bertanding di sembilan kerusi di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata sembilan kerusi itu merangkumi dua kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, bagi dua kerusi Parlimen, Amanah mencalonkan Naib Pengerusi 1 Amanah Negeri Sembilan Mustafar Ab Kadir bertanding di Jelebu manakala muka baharu, Naib Presiden Amanah Hasan Bahrom bertanding di Tampin.

“Bagi kerusi DUN pula, Klawang akan ditandingi muka baharu, Bendahari Amanah negeri Bakri Sawir, dua Anggota Jawatankuasa Amanah negeri Abd Rahman Ramli (Serting) dan Md Rais Mohamad @ Basiron (Senaling) serta muka baharu, Naib Pengerusi 2 Amanah negeri Suhaimi Kassim (Lenggeng),” katanya dalam sidang media pengumuman calon Amanah di sini, hari ini.

Bagi kerusi DUN Johol, Zulkefly Mohamad berkata ia akan ditandingi olehnya manakala Timbalan Pengerusi Amanah negeri Mohamad Taufek Abd Ghani di Paroi serta muka baharu, Timbalan Ketua Pemuda Amanah negeri Shahrizal Masrudin di Kota.


Amanah adalah satu daripada komponen parti dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada empat parti. – BERNAMA

Kategori