Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mat Sabu Bakal PM...

MUNGKIN akan ada ketawa terbahak-bahak, namun itulah realiti politik pembangkang Pakatan Harapan (PH)...

Mozambique & Afrika Benarkan...

BENTONG - Kerajaan Mozambique dan Afrika Selatan bersetuju memberi kebenaran kepada Malaysia untuk...

Singapura Kutuk Serangan Ke...

SINGAPURA - Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap masjid al-Rawda di bandaraya Bir...

Golongan, Persatuan Belia Disaran...

KOTA TINGGI - Kerajaan negeri mengalu-alukan golongan dan persatuan belia untuk memberi cadangan...

Parti Star Tanding 17 DUN, 5 Parlimen Di Sabah

KOTA KINABALU – Parti Star hari ini mengumumkan akan bertanding di 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kawasan Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang juga penyandang kerusi DUN Bingkor, akan beralih ke Tambunan untuk merebut kerusi DUN itu dan Parlimen Keningau.

Beliau yakin dapat menentang abangnya, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, jika dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan.

“Saya hormati abang saya punya keputusan untuk bersara. Kalau dia mau bertanding pun, saya akan hormati juga.

“Menang atau kalah, itu terpulang kepada pengundi. Apapun kami tetap adik-beradik,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon parti itu di sini.

Jeffrey berkata parti itu, yang merupakan anggota Gabungan Sabah (GS) akan bertanding atas tiket Star.


Ketika ditanya mengenai kes muflis terhadapnya, Jeffrey berkata beliau masih layak untuk bertanding pada PRU14 ini kerana mahkamah belum mengisytiharkannya muflis.

“Saya hanya diberikan notis dan peguam saya telah meminta mahkamah untuk mengetepikan perintah (muflis) itu,” katanya.

Jeffrey menerima notis muflis untuk membayar RM480,408.50 kepada seorang usahawan James Lee You Cheong dalam tempoh tujuh hari mulai semalam. – BERNAMA

Kategori