Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

10,000 T-Shirt Bangkit Kesedaran...

KUALA LUMPUR – Menjelang Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam secara besar-besaran di ibu negara...

Operasi SAR Lelaki Dibawa...

SEREMBAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikenali sebagai Sriganesh,...

Tanda Kecekapan Berpolitik Ismail...

Tanda Kecekapan Berpolitik Ismail Sabri

SPRM Berjaya Lucut Harta...

JOHOR BAHRU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berjaya dalam rayuannya...

Parti Warisan Hanya Untuk Survival Politik Shafie

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan penubuhan Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah semata-mata untuk survival politik Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas keluar daripada UMNO.

Annuar berkata beliau merasakan ‘hati kecil’ Mohd Shafie masih bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) namun kerana tersalah langkah maka perjuangan politiknya diteruskan dengan menubuhkan Warisan.

“… (beliau) tersalah langkah dalam pendekatan yang diambil untuk menegur kerajaan tetapi waktu itu saya faham beliau terpedaya dengan apa yang digambarkan Tun Dr Mahathir (Mohamad) untuk meletakkan beliau (Shafie) di kedudukan lebih tinggi dalam arena politik menerusi UMNO,” kata Annuar pada sidang media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau bagaimanapun yakin rakyat di Sabah mampu membezakan antara survival politik Mohd Shafie dan survival mereka sebagai rakyat.


“… yang perlu diselamatkan ialah rakyat Sabah dan bumi Sabah, bukan survival politik individu dari Sabah,” katanya.

Annuar berkata beliau juga yakin rakyat Sabah akan memberi mandat besar kepada BN kerana mereka tahu hanya BN dapat memberi kestabilan kepada Sabah. – BERNAMA

Kategori