Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gadis India Dimaki B@Bi...

SELAIN menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari,...

Buruh Ditahan Kes Amang...

SIBU – Seorang buruh ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas...

Cuaca Buruk Jejaskan Operasi...

SURABAYA - Cuaca buruk terus menjejaskan operasi hari keenam mencari pesawat AirAsia Indonesia...

SPR Puji Parti Bertanding...

TUMPAT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memuji semua parti-parti politik yang bertanding pada...

Pasangan Boling Padang Wanita Lakar Sejarah

ATLET boling padang negara, Emma Firyana Saroji dan Siti Zalina Ahmad, mempamerkan aksi luar biasa untuk merangkul pingat emas bagi acara berpasangan wanita apabila dibezakan satu mata.

Mereka berjaya menundukkan pasangan Afrika Selatan 15-14 dalam final sekali gus harapan Malaysia untuk mengutip emas keempat akhirnya tercapai dalam Sukan Komanwel berlangsung di Gold Coast, Australia.

Bagaimanapun pelbagai aksi penuh mencabar dan dramatik disaksikan di Broadbeach, terutama setelah menunjukkan kekuatan mental yang terpuji untuk bangkit daripada ketinggalan agak jauh di awal permainan.

Emma dan Siti Zalina berdepan cabaran dalam mendapatkan mendapat rentak leretan bola, sekali gus membiarkan pasangan lawan, Nicolene Neal dan Collen Piketh, mendahului 7-0 di end ketiga.

Mata pertama hanya tiba pada end keempat dan dua wakil negara itu tidak pernah berputus asa untuk meningkatkan prestasi mereka di pertengahan saingan, sehingga dapat merapatkan mata di end ke-16 kepada 12-13.


Semangat juang pasangan kebangsaan tersebut harus menerima pujian ramai apabila buat kali pertama berjaya mendahului di end ke-17 dengan meraih mata 15-13.

Dalam situasi genting di end terakhir yang berkedudukan 15-14, emas sah menjadi milik Emma dan Zalina yang terus berpelukan dan melinangkan air mata kegembiraan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori