Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

ADUN Minta Projek PR1MA...

TELUK INTAN - Pembinaan Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Mukim Changkat Jong di sini...

Malaysia Tidak Selamat Jika...

AWAS... Malaysia dan agama Islam tidak selamat di bawah mana-mana parti yang mencalonkan...

Perpustakaan ‘Palsu’ Unik Di...

BEIJING – Sebut sahaja nama China, ramai mungkin kenali negara itu dengan pelbagai barangan...

Mahkamah Cadang Selesaikan Melalui...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menyarankan supaya kes saman fitnah bekas...

Pasar Tani Segamat Hambar: Harap Ada Penyelesaian

SEGAMAT – Kira-kira 20 peniaga pasar tani Segamat di sini berharap beberapa isu yang dihadapi mereka seperti kekurangan tempat meletak kenderaan dan kurangnya promosi yang menyebabkan pengunjung terus berkurangan, dapat diberikan perhatian oleh pihak berwajib.

Mohd Lani Ismail, 64, berkata kedudukan pasar yang kurang strategik mungkin juga antara faktor ia tidak mendapat sambutan orang ramai sejak empat tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, dahulu, beliau mampu memperolehi RM3,000 sebulan hasil daripada jualan parang dan golok tradisional.

“Sekarang, nak kutip RM1,000 sebulan pun susah. Jadi, saya berharap pihak berwajib melihat perkara ini bagi mengembalikan semula zaman kegemilangan pasar ini,” katanya kepada Bernama di tapak pasar berkenaan, baru-baru ini.

Sarah Karim, 63, pula berkata pihak berwajib mungkin terlepas pandang dengan keperluan dan masalah yang dihadapi peniaga di situ.

“Kadang-kadang, mak cik terpaksa balik dengan hasil jualan hanya RM10. Jadi, kalau boleh sediakanlah tapak baharu memandangkan tapak sedia ada tidak selesa untuk dikunjungi, lebih-lebih lagi ketika musim hujan,” katanya yang tinggal di Felda Pemanis.

Sementara itu, seorang pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Mat, 61, berkata beliau sering membeli barang keperluan harian di pasar tersebut sejak lapan tahun lalu.


Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, beliau dapat melihat kemeriahan pasar tani itu semakin pudar, salah satu penyebabnya mungkin masyarakat mempunyai pilihan tempat lain untuk berbelanja.

“Namun saya tetap memilih pasar tani ini kerana barang basah segar dan harga berpatutan. Cuma, masalah utama yang dihadapi pengunjung adalah tempat untuk meletakkan kenderaan terhad.

“Pada fikiran saya, elok juga tapak pasar tani ini dipindahkan ke tempat baharu yang lebih selesa kepada pengunjung,” katanya.

Pasar tani Segamat dibuka setiap Sabtu dari 7 pagi hingga tengah hari, menjual pelbagai barang keperluan harian termasuk daging, ikan, ayam, sayur-sayuran dan pelbagai makanan. – BERNAMA

Kategori