Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Video: Lari Lepas Langgar...

KECOH menerusi media sosial video seorang pemandu Suzuki Swift yang menukar lorong secara...

Malaysia Hormat Keputusan Singapura...

KUALA LUMPUR - Malaysia menghormati keputusan Singapura memperkenalkan Caj Jalan Raya Timbal Balas...

Harimau Malaya Kalah Kepada...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya terus mempamerkan aksi mengecewakan pada aksi persahabatan...

Haji: Puasa Sunat Arafah...

MAKKAH - Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1435 hijrah...

Pastikan Kelestarian Pembangunan Masjid Tanah

MELAKA – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berikrar akan terus memastikan kelestarian pembangunan dan kemakmuran kawasan berkenaan.

Sambil menghargai kepercayaan pucuk pimpinan terhadap beliau, Mas Ermieyati berkata dengan peluang yang diberikan, beliau akan memastikan kecemerlangan UMNO dan BN di negeri Melaka dan Parlimen Masjid Tanah agar agenda pembangunan yang telah dirancang dapat dilaksanakan.

“Pada yang sama saya berikrar akan memastikan 14 teras dalam Manifesto Barisan Nasional serta lima teras Manifesto BN Melaka dapat difahami dan dihayati seluruh masyarakat negeri ini sebagai satu wadah penting ke arah masa depan Malaysia yang lebih terjamin, sejahtera, aman dan makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN negeri di sini hari ini. Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Haron.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati, 41, berkata beliau berharap pengundi Parlimen Masjid Tanah dapat membuat pemilihan yang bijak dalam menentukan wakil rakyat mereka pada PRU14 ini agar mereka terus dapat menikmati pelbagai program pembangunan dan insentif yang disediakan untuk mereka.

“Sekarang ini pun, banyak pembangunan dan infrastruktur telah dibangunkan di Parlimen Masjid Tanah dan lebih banyak lagi akan dilaksanakan..jadi rakyat perlu bijak memilih dan tidak termakan dengan janji atau omong kosong pihak pembangkang,” katanya.

Sementara itu, calon muka baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek Datuk P.Panirchelvam, 69, berkata walaupun pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum namun beliau telah bergiat aktif dalam MIC sejak 36 tahun lepas dan merupakan anggota jawatankuasa khas bagi DUN berkenaan sejak dua tahun lepas.


“Saya yakin mandat yang diberikan ini akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan bantuan jentera parti komponen BN yang lain sebagai sebuah keluarga yang besar untuk memastikan kejayaan BN di kawasan berkenaan.

“Pengalaman terlibat dalam pilihan raya umum sebanyak lapan kali akan digunakan sebaik mungkin dalam usaha menangani atau menghadapi cabaran serta kemungkinan sepanjang proses pilihan raya,” katanya yang merupakan juruteknik kanan sebuah syarikat telekomunikasi.

Beliau yang berasal dari Semabok di sini dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua MIC Bahagian Kota Melaka sebelum ini berkata tumpuan akan diberikan kepada pelaksanaan Manifesto BN di peringkat pusat dan negeri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kerusi DUN Gadek sebelum ini disandang bekas Pengerusi MIC Melaka Datuk M.S Mahadevan yang digugurkan sebagai calon. – BERNAMA

Kategori