Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Siasatan Terperinci Kenal Pasti...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melakukan siasatan terperinci secepat mungkin untuk mengenal pasti...

PM Dapat Kebenaran Tangguh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari mendapat kebenaran Mahkamah...

Warga Asing Tular Culik...

Raub : Wanita warga Pakistan yang tular kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak...

Cetak Tarikh Baru, Jual...

Seremban : Jual minuman keras tamat tarikh luput dengan mencetak label tarikh baharu...

PCMC Antara Hospital Terbaik Dunia – MTQUA

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) telah dinobatkan oleh pihak Medical Travel Quality Alliance (MTQUA) sebagai antara hospital terbaik dunia bagi pelancongan perubatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif PCMC, Chong Yee Mun berkata hospital berkenaan berada dalam senarai 10 hospital terbaik itu sejak 2013.

Menurutnya, pihak MTQUA membuat kenyataan itu dalam siaran media mengumumkan senarai Hospital Terbaik Dunia Bagi Pelancong Perubatan 2018.

Pengumuman yang dibuat pada 7 Mac lepas adalah bersempena penganjuran Internationale Tourismus-Börse Berlin yang merupakan platform pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia.

“Kami akan terus berusaha menawarkan penjagaan pesakit secara berkualiti di samping memberi tumpuan kepada keselamatan pesakit,” kata Chong.


MTQUA adalah sebuah pertubuhan bebas antarabangsa yang diasaskan pada 2009 bagi menggalakkan penjagaan serta rawatan selamat dan berkualiti bagi pelancong perubatan. – BERNAMA

Kategori