Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Zahid Nafi Minta Nasihat...

KOTA BHARU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

LHDN Sasar Kutipan Cukai...

CYBERJAYA - Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak...

Tamatnya ‘Era’ Mahathir.. Najib...

PUTRAJAYA - Pelancaran Proton Perdana baharu, sedan eksekutif terkini oleh Proton Holdings Bhd...

1MDB Lantik Pengerusi PIDM...

Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengumumkan melantik Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit...

Pegawai Perbadanan Putrajaya Didakwa Rasuah RM17,000

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendakwa seorang pegawai kanan Perbadanan Putrajaya atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi meluluskan sebut harga yang ditawarkan Perbadanan Putrajaya untuk tiga syarikat, tiga tahun lalu.

Mohamad Rohaizat Kasman, 46, Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara rasuah meminta untuk dirinya suapan wang tunai RM17,000 daripada Noor Alfidah Mohamed Zakri, sebagai upah bagi mendapatkan dan meluluskan sebut harga yang ditawarkan Perbadanan Putrajaya untuk Syarikat Teras Reka, Syarikat Shogi Bena Sdn Bhd dan Syarikat Fidah Supply & Services.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Restoran Nasi Kandar Darulsalam, Unit 13, Jalan 4W, Galeria PJH, Presint 3, Putrajaya, pada 4 petang, 16 Dis 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menerusi Seksyen 24(1) akta sama, memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, Mohamad Rohaizat didakwa telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan wang tunai baki jumlah yang diminta masing-masing daripada Noor Alfidah dan Ahmad Fairuz Abdul Rahim, untuk tujuan serupa.

Dia dituduh melakukan ketiga-tiga perbuatan itu di tempat sama antara 17 Dis 2015 dan 16 Mei 2016, mengikut seksyen sama.


Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Firdaus Abu Hanipah menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohamad Dhiyaulhaq Mohamed Arifin yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama baik sepanjang siasatan SPRM dan tidak mempunyai kebarangkalian melarikan diri selain perlu menyara tiga anak dan ibu bapanya.

Hakim Allaudeen membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes dan perbicaraan selama 16 hari bermula 7 Nov. – BERNAMA

Kategori