Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Dikritik Kerana Perlekeh...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS sebuah parti yang tidak...

Menang Pengkalan Kubor Bukan...

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

2 Remaja Mengaku Rompak...

KUALA LUMPUR – Dua remaja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas...

Konsert Ditaja Syarikat Judi...

BENAR kata orang, sarang tebuan jangan dijolok, nanti buruk padahnya.Mungkin itulah pepatah yang...

Pegawai, Suami Isteri Buat Permohonan Palsu Dibebas

PUTRAJAYA – Seorang ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank serta sepasang suami isteri yang direman berhubung kegiatan memalsukan permohonan pembiayaan tahun lalu, dibebaskan masing-masing dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Nadhirah Abd Rahim membenarkan ketiga-tiga individu tersebut dibebaskan hari ini dengan jaminan sebanyak RM9,000 dan dua penjamin.

Pegawai wanita berumur 30 tahun dan suami isteri, masing-masing 36 dan 37 tahun itu yang ditahan dalam operasi SPRM pada kira-kira 11 pagi 3 April lalu direman lima hari bermula 4 April lepas.

Media sebelum ini melaporkan pegawai wanita tersebut yang berkhidmat di bank cawangan Putrajaya di sini dipercayai menerima rasuah kira-kira RM150,000 daripada pasangan suami isteri itu sebagai balasan membuat perakuan pengesahan majikan palsu bagi meluluskan satu pembiayaan peribadi, tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan bertemu kakitangan bank berkenaan untuk mendapatkan pembiayaan peribadi, bagaimanapun permohonan dikemukakan dipercayai tidak lengkap dan ketiga-tiganya berpakat membuat pengesahan palsu bagi memudahkan proses kelulusan.


Siasatan awal mendapati suami isteri terbabit merasuah kakitangan bank itu sebagai balasan kerana membuat perakuan pengesahan majikan agar permohonan pembiayaan itu diluluskan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori