Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Rayuan Ketepi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang bapa...

MH17: Ibu Mahu Kematian...

SEGAMAT - Ibu kepada Hasni Hardi Parlan, antara 298 mangsa nahas pesawat Malaysia...

Watson Nyambek Akhirnya Miliki...

MIRI - Setelah tinggal bersama ibu mentuanya sejak 2010, bekas pelari pecut negara...

KPDN: Buat Aduan Jika...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menasihatkan pengguna agar membuat...

Pekerja Awam, Swasta Dapat Nikmat Manifesto BN

KANGAR – Janji Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 untuk meningkatkan gaji minimum kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan dilihat dapat menggalakkan produktiviti pekerja.

Penjawat awam Nor Aziah Idris, 35, berkata keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan program ‘Dompet Rakyat’ untuk meningkatkan gaji minimum pekerja kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun adalah selari dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju.

Menurutnya pendapatan atau bayaran gaji yang tidak setimpal memberi kesan langsung terhadap produktiviti dan kualiti kerja seseorang.

“Dulu (10, 15 tahun dahulu) pendapatan agak rendah walaupun kos sara hidup tidak tinggi tetapi untuk membeli rumah atau kereta dengan gaji yang rendah adalah sukar namun sekarang boleh dikatakan ramai orang memiliki kereta.

“Kesungguhan kerajaan menawarkan gaji dan imbuhan terbaik akan menjadikan kakitangan awam lebih komited dan produktif dan akhirnya rakyat yang menikmati faedah,” kata Nor Aziah kepada Bernama semasa ditemui, hari ini.

Pekerja swasta, Nursyafika Bokhari, 25, berkata skim gaji sektor awam dan swasta tidak boleh dibandingkan kerana kedua-duanya dalam entiti berbeza.

Katanya usaha kerajaan supaya sektor swasta melaksanakan skim gaji minimum dan kemudahan setimpal adalah langkah bijak dan baik untuk perkembangan sektor tersebut.


“Ada yang kata gaji sektor swasta lebih baik tetapi ramai tidak tahu kami mengeluh dengan kos sara hidup yang meningkat sedangkan gaji kami tidak naik tidak seberapa,” katanya dan menambah beliau akan berhijrah ke sektor awam sekiranya ditawarkan pekerjaan tetap.

Nursyafika berkata pekerja sektor swasta harus menikmati gaji lebih baik dalam suasana ekonomi yang semakin baik sebagaimana dilaksanakan oleh sektor awam yang memberi kenaikan tahunan dan bayaran khas atau bonus.

Seorang lagi pekerja swasta Mohd Khairin Amir Azmi, 25, menyifatkan usaha kerajaan melaksanakan pelbagai program meningkatkan kualiti hidup rakyat sebagai tanggungjawab untuk mengharmonikan kehidupan rakyat.

Katanya caruman dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial banyak membantu pekerja swasta yang dtimpa musibah seperti kemalangan manakala golongan berpendapatan rendah menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah bukti keprihatinan kerajaan. – BERNAMA

Kategori