Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Diana Danielle Disahkan Hamil...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon berwajah Pan-Asia, Diana Danielle yang kini disahkan hamil...

Satu Majlis PN Perlu...

KUALA LUMPUR - Satu platform atau majlis bagi menyelaras data dan perancangan setiap parti...

Anak VIP Dikompaun Langgar...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seorang anak kenamaan (VIP) antara 29 pengunjung yang...

Video: Pembaca Berita Nangis...

PEMBACA berita, seharusnya sentiasa bersikap profesional ketika bekerja.Namun sebagai manusia biasa, dah tentu sukar untuk menyembunyikan perasaan...

Pekerti Sasar 45,000 Peserta Tadarus Al-Quran Perdana

SEREMBAN – Seramai 45,000 peserta disasarkan menyertai Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2018 peringkat Negeri Sembilan anjuran Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti), bagi mengimarah serta menghidupkan bulan Ramadan ini.

Yang Dipertua Pekerti Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin berkata peserta pada tahun ini terdiri daripada kumpulan mengaji dan Yassin daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri ini, jabatan kerajaan, sekolah menengah, pusat tahfiz dan masjid serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Daripada jumlah itu, 15,000 peserta terdiri daripada pelajar, manakala selebihnya golongan dewasa. Ini tahun keempat kita mengadakan program ini dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

“Program ini dengan tema ‘Kesatuan Ummah, Kesejahteraan Negara’, akan bermula pada 1 Ramadan dan khatam al-Quran akan diadakan di Kompleks Pusat Islam Rantau pada 2 Jun depan​​​​​​,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ihya Ramadan 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar.


Raja Salbiah berkata Pekerti mengalu-alu serta menggalakkan mereka yang terlibat sebelum ini, untuk terus bersama-sama dalam program tersebut pada tahun ini, dengan menggunakan al-Quran diperoleh atau menggunakan al-Quran sendiri bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan bacaan kitab suci itu.

“Pada program ini, kita menerima naskah al-Quran menerusi kempen Wakaf Al-Quran anjuran Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan,” katanya yang juga Pengerusi Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO). – BERNAMA

Kategori