Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Stevie Chan Nafi Ditaja...

PORT DICKSON - Calon Bebas Stevie Chan Keng Leong menepis dakwaan kononnya beliau...

Atlet Wajib Jalani Ujian...

ATLET yang akan menyertai temasya Sukan SEA di Singapura pada Jun wajib menjalani...

Jumlah Penagih Dadah Di...

PASIR PUTEH - Jumlah penagih dadah di Kelantan meningkat kepada 2,327 orang dalam...

UMNO Perlis Tak Halang...

KANGAR - UMNO Perlis tidak melarang anggotanya mendengar ceramah atau kempen mana-mana pihak...

Pelakon Kerugian RM1,200 Dompet Dicuri

SEREMBAN – Pelakon, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affandi kerugian kira-kira RM1,200 apabila dompetnya dipercayai dicuri ketika sedang membeli-belah di Kemayan Square di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ASP Thiew Hock Poh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari ketika Meor Mohd Afif, 28, berada di sebuah butik di pusat membeli-belah tersebut apabila pelakon itu menyedari kehilangan dompet yang diletakkan di bahagian belakang kereta sorong bayinya.

“Pengadu (Meor) syaki ianya dicuri oleh seseorang, anggaran kerugian iaitu wang tunai yang disimpan di dalam dompet lebih kurang RM1,200,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Thiew berkata pihaknya sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil memberi maklumat kepada pegawai penyiasat Sarjan Fatimah Tomin di talian 06-6033222 atau sambungan 3482 atau menghubungi balai polis berdekatan. – BERNAMA

Kategori