Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kereta Perisai Tentera Kemalangan...

SEREMBAN - Sebuah kereta perisai tentera terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta, di...

Marzuki Nafi Malaysia Akan...

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya berkata kenyataannya mengenai Pulau Batu Puteh...

10 Fakta Menarik Pemain...

Tahukah anda, di kalangan para gadis yang menonton final pertama Malaysia lawan Thailand...

30 Petugas Khas PDRM...

SEPANG - Sejumlah 30 petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Ukraine...

Peluang Golongan Muda Di Perlis Jana Pendapatan

KANGAR – Berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk pertanian bernilai tinggi, kerajaan Perlis berhasrat mewujudkan ‘Lembah Buah’ bagi tanaman berkaitan membabitkan kawasan seluas 400 hektar di Chuping dekat sini.

Lembah tersebut bakal memberi peluang kepada rakyat, khususnya graduan dan golongan muda untuk menceburkan diri dalam industri pertanian, sekali gus menjana pendapatan lumayan daripadanya.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata tanaman seperti harumanis dan buah-buah lain yang bernilai tinggi seperti tin, zaitun atau lemon sangat sesuai diusahakan di lembah itu ekoran tanah dan cuaca yang panas bersesuaian dengan tanaman berkenaan.

“Konsepnya adalah untuk membolehkan orang muda serta graduan terlibat dengan aktiviti pertanian yang mana mampu mendatangkan pendapatan lumayan, sebab tanaman yang digalakkan ditanam (di lembah buah) ini adalah yang jenis yang berhasil dan bernilai tinggi.

“Sebagai contoh, kalau mengikut kajian Jabatan Pertanian sebelum ini, tanaman harumanis misalnya, membabitkan tanah seluas dua hektar dapat menjana pendapatan hingga RM5,000,” katanya.

Setakat ini, Azlan berkata kawasan itu sedang diusahakan dengan tanaman buah tin di atas tanah seluas 10 hektar dengan hasilnya agak memberangsangkan, dan kerajaan negeri menyasarkan untuk menjadi pengeluar buah tin terbesar di Asia Tenggara.

“Kerajaan negeri yakin mampu menjadi pengeluar terbesar buah tin di rantau Asia Tenggara kerana tanaman tin dalam kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) di Chuping itu merupakan lading terbesar buah tin di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri bekerjasama dengan syarikat tempatan FigDirect Sdn Bhd sebagai rakan kongsi untuk meneraju projek yang mula beroperasi pada Disember 2016.


Katanya bagi memastikan industri tanaman bernilai tinggi lebih efisyen dengan penggunaan teknologi, kerajaan negeri bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk swasta, agensi dan institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara yang berperanan melakukan kajian bagi mencambahkan industri hiliran tanaman tersebut.

Sementara itu, Pengarah Urusan FigDirect Sdn Bhd Robin Lim berkata setakat ini ladangnya mempunyai lebih 26,000 pokok dan berjaya menghasilkan antara 50 hingga 60 kilogram buah tin setiap hari.

“Kami mendapat permintaan yang sangat tinggi termasuk dari syarikat farmasi di Australia dan juga Hong Kong yang mahu menghasilkan produk berasaskan tin,” katanya.

Beliau berkata selain memasarkan buah tin belum diproses, pihaknya turut mengeluarkan pati, ekstrak dan minyak berasaskan buah tin, yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

“Setakat ini saya mempunyai tujuh pekerja tempatan, namun dengan peningkatan hasil, saya rasa perlu mengambil lebih ramai pekerja untuk memetik buah tin di lading, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk tempatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori