Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Peniaga Jangan Ambil Kesempatan...

KUANTAN – Peniaga di negeri Pahang diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga...

Pelajar Kolej Mengaku Bersalah,...

KUALA LUMPUR - Individu pertama didakwa terbabit dengan kegiatan al-Qaeda di Malaysia, mengaku...

Firma Rusia Hasilkan Motosikal...

LAS VEGAS - Sebuah syarikat Rusia, Hoversurf memperkenalkan model motosikal terbang pada berharga...

Suami Isteri Cari Cincin...

WASHINGTON DC - Satu pasangan suami isteri dari St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat,...

Pemandu Cuai, Bumbung Bas Kena ‘Sagat’

KESILAPAN dan kecuaian seorang pemandu bas mengundang padah apabila bas ekspres dua tingkat yang dipandunya rosak teruk ketika melalui laluan bawah jejambat di Jalan Tun H S Lee menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

Ketika kejadian bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jalan Tun H S Lee menghala ke Jalan Duta pada jam 6.10 petang semalam, lapor Berita Harian.

Mujur tiada penumpang dalam bas berkenaan semasa insiden tersebut dan tiada laporan kecederaan diterima.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian tersebut tidak dapat dijangka oleh pemandu berkenaan kerana meyakini tidak berlaku sebarang masalah melalui kawasan tersebut.

“Ketika pemandu melalui laluan bawah jejambat berkenaan, tiba-tiba lelaki itu terdengar bunyi pelanggaran dari bahagian atas bas terbabit.

“Sebaik pemandu itu menghentikan kenderaannya, dia mendapati bahagian atas bas itu melanggar konkrit jejambat berkenaan,” katanya.


Kemalangan tersebut telah menyebabkan bumbung pada bas berkenaan tercabut dan tempat duduk penumpang bahagian atas mengalami kerosakan teruk.

Cermin kaca depan dan tingkap kiri kanan bahagian atas bas berkenaan pecah, bertaburan di atas jalan raya.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kemalangan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori