Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mexico Ada Liga Bola...

BADAN 'bermandi' peluh berlari di padang cuba membuat gol dalam Liga Bola Sepak...

Didenda Gagal Kemuka Rekod...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pengurusan restoran ‘mamak’ didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret...

Video: Lima Kali Ditikam...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki cedera di bahagian bahu kiri, dada dan belakang...

SPED Nano Bantu Usahawan...

BERA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hari ini melancarkan Skim Pembiayaan...

Pemandu Van Dijel Akibat Kematian 2 Rakyat Malaysia

SINGAPURA – Seorang pemandu van berusia 25 tahun yang merempuh lapan penunggang motosikal yang sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) pada Mac tahun lepas sehingga mengorbankan dua rakyat Malaysia, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan hari ini.

Menurut laporan Channel NewsAsia, Koh Boon Ping turut diharamkan daripada memandu selama lima tahun.

Laporan itu menyebut Koh mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan cuai sehingga mengakibatkan kematian dua penunggang motosikal yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada 11 Mac.

Dua lagi pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan parah enam lagi penunggang motosikal, kesemuanya rakyat Malaysia, turut diberi pertimbangan dalam menjatuhi hukuman, menurut portal itu.

Koh memandu van milik majikannya di BKE menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands kira-kira 3.50 petang apabila dia tiba-tiba gagal mengawal kenderaan itu.

Van itu melencong ke kiri lalu merempuh sekumpulan penunggang motosikal yang sedang berlindung daripada hujan di bahu jalan di bawah sebuah jejambat, kata laporan itu.

​​​​​“(Koh) kemudian panik dan tidak sengaja menekan pedal minyak… van meluru ke hadapan lalu melanggar lapan buah motosikal. Van itu hanya berhenti apabila sebuah motosikal tersepit di bawahnya,” Timbalan Pendakwa Raya Lee Zu Zhao dipetik sebagai berkata.


Lee berkata Koh “gagal untuk mengawal van itu dengan baik, mengakibatkan berlakunya perlanggaran (dan kematian dua orang)”.

Disebabkan kecuaian hingga mengakibatkan kematian, Koh boleh dipenjara sehingga dua tahun, dan/atau denda, menurut laporan itu.

Kemalangan itu mengorbankan Loke Whay Nam, 50, dan Lim Chun Hong, 34. – BERNAMA

Kategori