Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Syria Care Teruskan Kempen...

KUALA LUMPUR - Syria Care Malaysia (Syria Care) akan meneruskan usaha mengumpul dana...

Pesawat Ukraine Bawa 180...

DUBAI - Sebuah pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines terhempas akibat masalah...

7 Disyaki Terbabit Insiden...

KAHERAH - Kementerian Dalam Negeri Mesir mengesahkan pasukan keselamatannya, menahan tujuh individu dipercayai...

Kekangan Warga Emas Dapatkan...

JITRA - Tidak semua warga emas mempunyai keupayaan untuk ke Pusat Pemberian Vaksin...

Pembangkang Tidak Mampu Tadbir Negara – PM

PONTIAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tidak mungkin pakatan pembangkang mampu mentadbir negara jika mereka sendiri tidak yakin antara satu sama lain.

Perdana Menteri berkata dengan keadaan pembangkang yang bermusuhan sejak sekian lama dan tidak mampu berbaik serta merta, maka, mereka diyakini tidak mampu mencapai persefahaman dalam mentadbir negara.

“Selepas 17 hari pengumuman manifesto dia, pemimpin 93 tahun itu dalam satu temu bual berkata tidak mungkin (manifesto) dia dapat dilaksanakan, tunaikan.

Dia kata banyak ‘kawan-kawan’ baru dia ini sosialis, maknanya dia sudah tidak sehaluan. Dia sudah kata, dia cap (menganggap) puak-puak ini sosialis. Macam mana hendak tadbir negara kalau tidak yakin antara satu sama lain (serta) kalau sudah bermusuhan,” kata beliau ketika berucap pada majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Kukup di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Md Othman Yusof dan Ketua MCA Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng.

Dalam satu temu bual bersama media Singapura, baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengakui bahawa pakatan pembangkang tidak dapat menunaikan semua janjinya.

Mahathir dilaporkan berkata kadangkala beliau rasa pakatan pembangkang mungkin tidak mampu menunaikan kesemua janji-janji kerana rakan-rakan gabungan mereka sangat sosialis.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa hairan bagaimana pakatan pembangkang hendak menyelamatkan negara sedangkan manifesto mereka akan menyebabkan negara dibebani hutang jika dilaksanakan.

“Yang saya hairan, pemimpin 93 tahun (Mahathir), kononnya hendak selamatkan Malaysia. Padahal kalau kita tengok manifesto dia, kalau dia buat begitu, negara ini akan melonjak hutangnya…sebab dia hendak hapus tol serta merta dalam 100 hari pemerintahan,” katanya.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sekali lagi meminta rakyat memberi sokongan kepada BN kerana kerajaan pusat dan negeri mesti daripada parti yang sama supaya pelbagai perancangan dapat dilaksanakan.


Beliau berkata kerajaan mempunyai perancangan besar untuk Johor muncul sebagai kuasa ekonomi baharu negara dan ia tidak akan menjadi kenyataan jika tiada persefahaman.

“Saya harap kita (rakyat) semua memahami. Kita (BN) mempunyai macam-macam perancangan, yang penting, kerajaan pusat dan negeri mesti daripada parti yang sama.

Kita hendak ke hadapan. Orang 93 tahun ini, bukan saya hendak menidakkan tetapi ‘sudah senja hendak menanti malam’. Berapa lama lagi dia boleh bawa kita. Kita bukan hendak kira setahun dua, kita hendak masa yang lebih panjang lagi dengan kita,” kata Najib dengan menambah kata beliau setuju dengan Johor yang memperkenalkan slogan ‘kita pilih biru, jangan pilih haru biru’.

Pada majlis itu juga, beliau mahu rakyat di Parlimen Tanjung Piai mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup untuk BN serta merampas kembali DUN Pekan Nanas.

“Kalau menang bola 2-1 itu menang juga tetapi saya hendak menang 3-0. Saya tidak mahu ada satu gol bolos,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu, turut mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk petani, penternak dan nelayan Tanjung Piai, RM3 juta untuk pembangunan Pekan Kukup serta pembesaran Hospital Pontian dalam tempoh lima tahun. – BERNAMA

Kategori