Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ali XPDC Minta Nasihat...

KUALA LUMPUR - Kembali bersama XPDC sejak empat tahun lalu, vokalis kumpulan itu,...

Dewan Negara Lulus Tiga...

KUALA LUMPUR - Tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan...

33 Premis Jual Arak...

IPOH - Dua notis kesalahan membabitkan nilai kompaun RM6,000 telah dikeluarkan menerusi pemeriksaan...

Samsung Gantung Semua Jualan...

SAMSUNG menghentikan semua jualan Galaxy Note7, selepas 35 kes behubung sel bateri dilaporkan...

Pemberian Kerajaan Hargai Peranan Penjawat Awam

SANDAKAN – Pemberian satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diumumkan Perdana Menteri merupakan satu penghargaan kepada peranan penjawat awam sebagai pelaksana tanggungjawab kerajaan.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya berkata Datuk Seri Najib Tun Razak tahu menilai peranan dan khidmat 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong berkata ia sejajar dengan komitmen kerajaan yang sentiasa mengiktiraf peranan penjawat awam dalam aspek pentadbiran dan membangunkan negara ini.

“Kami bersyukur punyai Perdana Menteri yang tahu menilai khidmat penjawat awam dan pengumuman KGT itu merupakan satu penghargaan kepada penjawat awam bahawa mereka adalah pelaksana tanggungjawab kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Masjid Baharu As-Syakirin Penjara Sandakan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pengumuman pemberian satu KGT berkuat kuasa 1 Julai oleh Najib pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam di Putrajaya.

Justeru, Samsudin meminta penjawat awam di negara ini terus memberikan sokongan kepada kerajaan di bawah kepimpinan Najib.


Ini kerana, katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti prihatin kepada penjawat awam termasuk kebajikan mereka selepas bersara.

Menurutnya berbanding pembangkang, mereka lebih suka memperkecilkan dan menghina peranan penjawat awam. – BERNAMA

Kategori