MUKTAMAD… Padah ada kes mahkamah, pencalonan Naib Presiden PKR, Tian Chua bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Penolakan permohonan penyandang kerusi tersebut memang sudah dijangka pelbagai pihak berikutan satu kes Mahkamah Shah Alam di Selangor yang dibicarakan ada tahun 2016 lepas.
Tian Chua yang mempertahankan Parlimen Batu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen kerana buat kenyataan berunsur hasutan dalam satu forum pada 2013 dengan dikenakan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM1,800.
Pihak pendakwaan sudah pun berjaya memfailkan rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman tersebut kerana dianggap sebagai terlalu ringan dan langsung tidak setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan beliau.
Sementara itu, Tian Chua mendedahkan kepada media bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan mengenai keputusan pencalonan untuk bertanding ditolak adalah sebagai muktamad.
Namun calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Dominic Lau dari Parti Gerakan ditentang Al Azhar Yahya (PAS) serta dua calon bebas, VM Panjamorthy Muthusami dan Prabakaran Paramesnaran. Agensi/Mynewshub.cc/HAA