Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JPJ Perak Keluar 2,215...

LUMUT - Sejumlah 2,215 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak atas...

Sikap Tun M Beri...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa sikap bekas Perdana menteri,...

Najib Bimbang Ekonomi Negara...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan ekonomi Malaysia berdepan dengan...

Kumpul Maklumat Mangsa Banjir,...

KUALA KANGSAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta pusat pemindahan di negeri yang...

Pendaftaran IOSA AirAsia X Malaysia Diperbaharu

KUALA LUMPUR – AirAsia X Malaysia menerima kelulusan pendaftaran ketiganya bagi Audit Keselamatan Operasi (IOSA) daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, atas komitmen syarikat itu terhadap standard tertinggi keselamaan operasi.

“IOSA ialah sistem penilaian yang diterima dan diiktiraf oleh badan dunia yang menilai pengurusan operasi syarikat penerbangan dan sistem kawalan, dan dianggap oleh industri sebagai penanda aras tertinggi dalam pengurusan keselamatan,” kata AirAsia X dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan itu berkata bagi melayakan untuk pendaftaran itu, syarikat penerbangan perlu melengkapkan dengan jayanya audit keselamatan operasi yang merangkumi lapan bidang operasi iaitu sistem pengurusan dan organisasi, operasi penerbangan, kawalan operasi dan pelepasan penebangan, penyelenggaraan dan kejuruteraan pesawat, operasi kabin, operasi pengendalian darat, operasi kargo dan pengurusan keselamatan.

AirAsia X Malaysia menyertai pendaftaran IOSA pada 16 April, 2015, menjadikannya syarikat penerbangan kedua di Malaysia yang lulus dengan jayanya audit keselamatan operasi yang diiktiraf dunia, katanya. – BERNAMA

Kategori