Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

3 Maut, 4 Parah...

KLUANG - Tiga maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga PERODUA...

Raja Salman Taja 20...

KUALA LUMPUR - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20...

Filipina, Indonesia Kerjasama Perangi...

MANILA - Filipina dan Indonesia sepakat untuk bekerjasama rapat bagi memerangi kumpulan pengganas...

PRU14: Pasukan Petugas Khas...

PUTRAJAYA - Sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti rasuah dan...

Pendaki Tertua Malaysia Tiba Di Lukla

KUALA LUMPUR – James Lee Chong Meng, pendaki gunung tertua Malaysia, yang sedang melakukan cubaan kali ketiga untuk menawan puncak Gunung Everest, tiba di Lukla, di timur laut Nepal hari ini.

Jurucakap pendaki itu berkata Lee, 70, bertolak ke Kathmandu semalam dengan diiringi sekumpulan CEO Vistage untuk melakukan pendakian ke Kem Induk Everest (EBC).

Dalam cubaan kali pertamanya pada Mei 2016, Lee terpaksa membatalkan pendakian pada peringkat terakhir di Kem 3 yang terletak pada ketinggian 7,200m akibat cuaca buruk.

Dalam cubaan kali kedua pula, Lee tidak dapat meneruskan misinya apabila mengalami sakit dada dan masalah bernafas di Kem 2 pada ketinggian 5,545m.

Everest adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848m.


Misi yang dikenali sebagai Mount Everest Summit Challenge ditaja Scientex Berhad.

Lee membawa dua mesej melalui misi itu. Pertama untuk menggalakkan rakyat daripada semua lapisan usia supaya memanfaatkan kesihatan untuk bergerak aktif dalam masyarakat dan kedua, menarik perhatian orang ramai tentang keperluan memulihara alam sekitar. – BERNAMA

Kategori