Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Terangsang Tonton Video, Murid...

BATU GAJAH - Akibat terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit, seorang...

Rebat Ditamatkan, Tarif Bil...

BIL NAIK... Tarif elek­trik lebih 300kWj sebulan bakal terkesan ekoran keputusan Suru­hanjaya Tenaga...

173 Pendatang Tanpa Izin...

SUNGAI PETANI - Jabatan Imigresen Kedah menahan 173 pendatang asing warga Myanmar termasuk...

Mavcom Mulakan Siasatan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan Ketua...

Penembak Sekolah Mahu Derma Harta Kepada Mangsa

MIAMI – Penembak di sebuah sekolah di Parkland, Nikolas Cruz mahu mendermakan hartanya dipercayai bernilai ratusan ribu dolar kepada keluarga mangsa dan mereka yang terselamat dalam serangan itu, kata peguamnya hari ini.

Pada 14 Februari lalu, Cruz melepaskan tembakan rambang di sekolah tinggi Marjory Stoneman Douglas di bandar Parkland, Florida Selatan, Amerika Syarikat dengan menggunakan senjata separa automatik jenis AR-15.

Dia dituduh melakukan 17 pembunuhan dirancang dan berdepan 17 tuduhan cubaan membunuh. Pendakwa menuntut hukuman mati.

Pada sidang mahkamah semalam, Hakim Broward County, Elizabeth Scherer menentukan sama ada Cruz yang diwakili peguam pembela umum mampu membayar peguamnya.

Peguamnya belum dapat menentukan nilai warisan yang ditinggalkan kepadanya selepas kematian ibunya, Lynda Cruz pada November lalu.


Namun, laporan tempatan yang memetik anggota keluarganya menyebut, mendiang ibunya menyediakan tabung amanah bernilai AS$800,000 (RM3.1 juta) untuknya.

Bagaimanapun, pasukan perundangan Cruz mencadangkan sebarang warisan yang mungkin diperoleh harus disalurkan kepada mangsa-mangsa Cruz dan bukan membayar harga peguam yang mahal. – AFP/BH ONLINE

Kategori