Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Penduduk Temerloh Tunai Solat...

TEMERLOH - Seramai 80 penduduk dari tiga buah kampung di Mukim Seberang Temerloh...

Penzina Cencang 6 Anak,...

Moscow - Seorang lelaki ditahan polis Russia kerana membunuh dan mencencang enam anak,...

Rayani Air Mulakan Penerbangan...

KOTA KINABALU - Rayani Air Sdn Bhd, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di...

PRU14: PM Tiba Di...

PEKAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib...

Peng Soon-Liu Ying Raih Gangsa Beregu Campuran

GOLD COAST – Beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meraih pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2018.

Peng Soon-Liu Ying mengalahkan Satwik Rankireddy-Ashwini Ponnappa daripada India dengan catatan mata 21-19, 21-19.

Terdahulu, pemenang pingat perak Olimpik Rio itu kecundang dalam cubaan mereka untuk mengutip pingat emas selepas ditumpaskan Gabrielle Adcock-Chris Adcock daripada England dalam perlawanan separuh akhir dengan 21-19, 21-17.

Peng Soon berkata pingat dimenangi hari ini membantu mereka menebus maruah selepas gagal mara ke perlawanan akhir.

ā€œPingat ini amat penting bagi pasukan Malaysia. Kami sedar sebelum kami datang ke sini bahawa harapan tinggi diberikan pada kami,ā€ katanya.


Badminton menyumbang satu pingat perak dan dua pingat gangsa setakat ini. Pertandingan acara badminton berakhir esok. – BERNAMA

Kategori