Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MP Pendang Digantung Parlimen...

Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) digantung parlimen selama tiga hari kerana menggelar RSN Rayer...

Banjir: Bandar Diraja Kuala...

Selain banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang, Perak juga mengalami masalah banjir apabila...

Pakatan Huru-Hara, Rugi Rakyat...

SUNGAI BESAR - PAS Selangor menyifatkan Pakatan Harapan sebagai pakatan huru-hara berikutan kenyataan...

Penagih Dadah Didakwa Bunuh...

MANJUNG - Seorang penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini,...

Penganggur Tak Mengaku Rompak Kedai Serbaneka

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak kedai serbaneka KK Mart sehingga menyebabkan kecederaan kepada juruwang kedai itu, Mac lepas.

Muhammad Zuhaili Yahya, 30, didakwa telah melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Ataul Karim Ashik, 23, warga Bangladesh, di KK Mart, Jalan Duta Mas, Jalan Seroja 3, Taman Segambut, Sentul, di sini pada 1.10 pagi, 30 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal tidak menawarkan wang jaminan atas alasan kesalahan di bawah seksyen itu adalah serius manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan namun abangnya yang hadir sebagai penjamin memohon jaminan dikurangkan kerana dia (abang) penanggung utama keluarga.

Hakim Dr Gan Chee Keong membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan empat syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran kediaman setiap dua minggu sekali, hadir tepat jam 9 pagi setiap kali sebutan kesnya di mahkamah, dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu berkelakuan baik sehingga kesnya selesai.


Mahkamah menetapkan 26 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori