Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KKM Akan Panggil Doktor...

KLANG - Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang dilaporkan...

PasMa Umum Sokong Pakatan...

KEPALA BATAS - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini mengumumkan pendirian akan...

TPM Bukti Komitmen Sebagai...

BUTTERWORTH - Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) di...

MB: Penjawat Awam S’gor...

Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya...

Pengebom Nekad Bunuh 57 Mangsa Di Kabul

KABUL – Sekurang-kurangnya 57 mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak maut, manakala 119 cedera dalam insiden membabitkan pengebom nekad dipercayai militan Daesh di pusat pendaftaran pengundi di sini, semalam.

Serangan itu menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan menjelang pilihan raya pada 20 Oktober ini.

Kejadian itu meningkatkan kritikan terhadap Kerajaan Afghanistan, kerana kegagalan mereka untuk melindungi keselamatan semua mangsa, terutama daripada keluarga yang mula berkumpul di Hospital Isteqlal.

“Kami sudah hilang sabar. Kerajaan perlu lebih bertanggungjawab bagi melindungi nyawa mereka yang tidak bersalah yang terkorban setiap hari.

“Tiada siapa yang akan keluar mengundi lagi selepas ini,” kata Hussain, iaitu sepupu salah seorang mangsa dalam insiden itu kepada AFP.


Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri berkata, 48 maut dan 112 lagi mangsa cedera, tetapi jurucakap kementerian itu gagal dihubungi bagi memperoleh angka kematian terbaharu.

“Mereka adalah orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak,” kata jurucakap Kementeri Dalam Negeri, Najib Danish. – AFP/BH ONLINE

Kategori