Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Panas! Nafi Masalah Batin,...

PERGOLAKAN rumah tangga kedua pasangan ini masih belum jumpa jalan penyelesaian nampaknya. Keadaan menjadi...

Gempa Sulawesi: 800 Jemaah...

KOTA PALU - Sekitar Masjid Baiturrahman yang terletak di tengah bandar Kota Palu...

Makkah Perubatan Terbaik Untuk...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan perkhidmatan...

Penambahbaikan ‘E-Haj’ Cepat Proses...

JEDDAH - Penambahbaikan sistem 'e-Haj' yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi telah mempercepatkan proses...

Pengedar Bungkus Dadah Dalam Bilik Tidur Ditahan

PENDANG – Polis menahan seorang penganggur dan merampas dadah bernilai RM1,700 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Paya Saga, di sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang ketika hendak membungkus bekalan dadah yang baharu diperoleh di dalam bilik tidur rumah berkenaan.

“Ketika serbuan polis menemukan sembilan paket plastik lutsinar dan tiga keratan straw panjang berisi serbuk putih bertaburan di atas lantai disyaki heroin seberat 50.94 gram bernilai kira-kira RM1,000 serta sepeket plastik lutsinar berisi serbuk hablur jernih disyaki syabu seberat 6.72 gram bernilai RM700,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadzil berkata pihaknya turut merampas sebilah gunting, alat penimbang digital dan beberapa peket plastik lutsinar yang digunakan untuk membungkus dadah.


Katanya semakan terhadap suspek yang positif ujian air kencing heroin dan methamphetamine itu mendapati dia mempunyai 17 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah serta perbuatan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati dan Seksyen 39A(1) akta sama. – BERNAMA

Kategori