Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Negara Perlu 84 Balai...

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan...

Najib Tiba Di New...

NEW DELHI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini...

Shima Buka Warung Teringin

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Shima mula berniaga nasi...

‘Pendakwaan Saya Satu Bentuk...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Pengedar Proton Lawat Model Outlet Geely Boyue

KUALA LUMPUR – Pengedar Proton yang membuat lawatan ke pusat 4S Geely di Shanghai telah dimaklumkan mengenai sambutan yang menggalakkan bagi Geely Boyue, dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton yang akan datang akan berdasarkan kepada model tersebut.

Dalam kenyataan, Proton Holdings Bhd berkata pengedarnya mengunjungi outlet Shanghai Jinxi Automobile Sales and Service baru-baru ini, dan mereka berpeluang untuk melihat sendiri “model outlet” itu.

Dalam sesi taklimat untuk mengalu-alukan kedatangan delegasi tersebut dari Proton, Pengurus Besar outlet itu, Xu Zhi Ming, berkata Geely Boyue SUV mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai, terjual lebih 30,000 unit sebulan.

“Bagi mereka yang telah membuat tempahan, mereka perlu menunggu enam bulan (untuk mendapat kereta tersebut),” katanya, sambil menambah Boyue telah mengatasi SUV lain dari segi jualan dalam segmen yang sama.

Xu juga berkata bagi model baharu dalam pasaran SUV, sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan, dengan Boyue menjadi antara jenama paling pesat berkembang di China.


Beliau berharap rakyat Malaysia akan melalui pengalaman dan kegembiraan yang sama seperti pengguna di China. – BERNAMA

Kategori