Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Xtra Jumbo Pesta Iklan...

AYUH semua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menyertai XtraJumbo iaitu Pesta...

Gimnastik Artistik Wanita Raih...

SINGAPURA - Skuad gimnastik artistik wanita negara mengulangi kejayaan 14 tahun lepas dengan...

Cara Nak Ajar Orang...

BENGANG tak kalau kita menghantar pesanan teks ringkas dengan harapan penerima itu akan...

Presiden PKR Jujur Atau...

BEKAS ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin memohon penjelasan presiden parti itu,...

Pengerusi BN P.Pinang Hadapi Saingan 4 Penjuru

GEORGE TOWN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menghadapi saingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bungah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Teng, 54, yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang akan berdepan calon PKR daripada parti DAP, Zairil Khir Johari, 36, selain calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Chua Cheong Wee, 49 dan calon​​​​​​​ Parti​​​​​​​ Bersama Malaysia (PBM), Lee Zheng Yong, 36.

Pada 1.10 tengah hari, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Zulkifli Long mengumumkan calon​​​​​​ ​bertanding​​​​​​​bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera serta DUN Tanjong Bungah, DUN Air Putih, DUN Kebun Bungah dan DUN Pulau Tikus – yang berada dalam kawasan Parlimen itu.

Kerusi Parlimen Bukit Bendera akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Andy Yong Kim Seng, 47, (BN-Gerakan); Wong Hon Wai, 45, (PKR-DAP) dan Tan Gim Theam (PBM).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP mewakili PKR, akan dicabar Tang Heap Seng, 61, (BN-MCA); R.Manikandan, 40, (Parti Cinta Malaysia) dan Tan Gin Theam, 48, (PBM) bagi​​​​​​​ kerusi DUN Air Putih.


DUN Kebun Bungah menyaksikan pertandingan antara Ong Khan Lee, 43 (PKR), Ooi Zhi Yi, 34, (BN-Gerakan) dan Wu Kai Min, 62 (PBM).

Loo Jieh Sheng, 36, (BN), Lee Chun Kit, 36, (DAP) dan Wee Kean Wai, 30 (PBM) pula bersaing bagi​​​​​​​ kerusi DUN Pulau Tikus. – BERNAMA

Kategori