Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pembatalan Projek Bandar Malaysia...

ISKANDAR PUTERI - Pembatalan Perjanjian Projek Bandar Malaysia tidak mendatangkan kerugian kepada kerajaan...

PRK Sandakan: Proses Undi...

SANDAKAN - Proses pengundian awal PRK Parlimen Sandakan melibatkan seramai 270 pengundi awal...

Pemuda MIC Gesa Tarikh...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC menggesa Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menukar tarikh undian...

Teliti Langkah Myanmar Dalam...

KUALA LUMPUR – Malaysia berpandangan proses dalaman Myanmar untuk menegakkan kedaulatan undang-undangnya sendiri...

Penghantar Barang Bawa Ibu Hidap Alzheimer Pergi Kerja

TINDAKAN seorang penghantar barang di China mendapat perhatian ramai apabila sanggup bawa ibunya yang hidap Alzheimer untuk pergi bekerja demi elak ibunya terbiar keseorangan di rumah.

Lapor portal South China Morning Post, Cai Yujun, 52, bekerja sebagai penghantaran barang ke kedai komputer sekitar Chengdu dengan hanya mengunakan motosikalnya.

Ibunya, Yang Suxiu yang berusia 92 tahun tersebut disahkan menghidap Alzheimer kira-kira tujuh tahun lalu dan menyebabkan wanita itu tidak mampu menjaga diri sendiri.

Sebagai anak, Yujun membuat keputusan untuk jaga ibunya walaupun terpaksa bawa hingga ke tempat kerja. Dia telah mengubah suai motoskalnya supaya dapat bonceng ibunya dan duduk dalam keadaan selesa ketika bekerja.

“Ibu telah lama bersusah payah sepanjang hidupnya untuk diri saya, kini giliran saya pula untuk menjaganya,” kata Yujun.

Semasa Yujun bekerja, Suxiu akan turut bersamanya sekali gus berpeluang mengelilingi serata bandar tersebut.


Yujan sering kali memegang tangan ibunya ketika bekerja kerana takut dia tidak berkesempatan melakukan hal tersebut selepas ibunya meninggal.

Tambahnya lagi, kawan-kawan Yujun turut hadir menghiburkan hati ibunya itu dengan berbual-bual dan berkongsi cerita bersama warga emas tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori