Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Miti Sasar Nilai Pemerolehan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyasarkan nilai pemerolehan di...

Ini Rahsia Kenapa Lambakan...

KUALA TERENGGANU - Lambakan udang di Pasar Dungun adalah disebabkan daerah itu mempunyai...

Muzium Komik Belgium Comic...

DI negara kelahiran Tintin dan The Smurfs, Belgium, komik adalah satu industri yang...

Krisis Selangor: Nik Nazmi...

PETALING JAYA - Selepas disebut-sebut menjadi individu ketiga sebagai calon menteri besar Selangor...

Pengundi Dinasihat Jangan Ikut Emosi, Sentimen

KUALA LUMPUR – Pengundi di Parlimen Titiwangsa diseru agar memilih wakil rakyat dengan bijak tanpa dipengaruhi sentimen mahupun emosi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Johari yang tercalon buat kali kedua mewakili Barisan Nasional (BN) berkata rakyat seharusnya pandai menilai pemimpin di kawasan masing-masing, yang benar-benar berkhidmat untuk mereka tanpa ada sebarang halangan dan bukan wakil rakyat hanya turun padang setiap lima tahun sekali.

“Jangan percaya maklumat menerusi WhatsApp mahupun media sosial. (Rakyat) kena tengok dalam kawasan siapa pemimpin menawarkan perkhidmatan sama ada isu melibatkan ibu tunggal, masjid atau surau dan siapa (wakil rakyat) anda boleh jumpa di pejabat, telefon, melalui pegawai dan sebagainya pada bila-bila masa.

“Kita mahu mereka lihat melalui kerja dan usaha yang dilakukan wakil rakyat itu melalui trek rekod dia sepanjang lima tahun dan jangan ikut emosi kerana ia akan beri kesan pada masa akan datang. Jadi fikirlah sebaiknya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santai Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Parlimen Titiwangsa bersama Anggota Parlimen Titiwangsa, di sini malam ini.

Mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru di kerusi parlimen itu berdepan calon daripada PAS dan Pakatan Harapan (PH), Johari bagaimanapun tidak mahu mengambil mudah kecenderungan pengundi walaupun dirinya dikatakan berada dalam zon selesa.

“Melihat kepada profil calon-calon di sana, semuanya bukan calang-calang tetapi saya sentiasa yakin dengan perkhidmatan saya termasuklah dengan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa di Desa Pandan yang saya tubuhkan selama ini, saya mampu pertahankan kerusi di sini.


“Apa pun, saya tidak suka memburukkan pihak lawan ketika berkempen kerana saya mahu mengamalkan politik yang sihat dan saya mahu pihak lain dan pengundi juga begitu. Itu yang saya selalu tekankan jika berjumpa dengan rakyat,” katanya.

Selain Johari, setakat ini, dua lagi calon – Mohammad Noor Mohammad dari PAS dan Rina Harun dari PKR yang juga Ketua Srikandi PPBM, dinamakan oleh parti masing-masing untuk bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa.

Pada majlis itu, Johari meluangkan masa bersama kira-kira 400 anggota RELA yang berkhidmat di sekitar Parlimen Titiwangsa, dan turut dihadiri Pengarah RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jimmy Jupiter Sambau. – BERNAMA

Kategori