Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Memanah Piala Asia: Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pasukan memanah kebangsaan merangkul tiga pingat perak pada Kejohanan Memanah...

Elaun Khas Dicadang Buat...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta kerajaan supaya menimbangkan untuk...

PAS Terima Penjelasan Isu...

KUALA LUMPUR - PAS menerima penjelasan yang dibuat oleh Tabung Haji (TH) mengenai...

Paus Francis Akui Kegagalan...

DUBLIN - Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar semalam menggesa Paus Francis mengambil tindakan...

Pengundi Meningkat, MCA Pontian Buka 3 Bilik Gerakan

BAGI menyelaras program yang dilaksanakan semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan bilangan pengundi yang semakin meningkat, MCA bahagian Pontian telah membuka tiga bilik gerakan.

Lapor akhbar tempatan, Pengerusi MCA bahagian Pontian, Datuk Tee Siew Kiong berkata, tiga bilik gerakan tersebut dibuka di Pekan Benut, Jalan Parit Masjid dan Taman Me­gah bagi memudahkan jentera di semua peringkat bergerak dengan lebih berkesan.

Tindakan tersebut dilaksanakan untuk memastikan pengundi kaum Cina tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata manis pihak berkenaan sekaligus menjadi langkah persediaan untuk memberikan cabaran kepada calon-calon pembangkang.

“Bagi kawasan Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, ahli MCA kini seramai 3,745 orang daripada 13,110 orang pengundi kaum Cina,” katanya selepas menghadiri program Johor Future 3.0 dan Juita Prihatin di Jalan Alsagoff, di sini baru-baru ini.

Sumber : Sinar Harian

Jumlah pengundi di kawasan itu kira-kira 31,000 orang berbanding 27,000 sebelum ini ekoran per­sempadanan semula kawasan pilihan raya dengan kemasukan dua buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu Parit Masjid dan Parit Masjid Darat.


Selain itu, Siew Kong juga menyokong penuh program Johor Future 3.0 yang melibatkan golongan muda dalam kerja-kerja amal.

Pogram tersebut telah berjaya membantu golongan yang memerlukan dalam kerja-kerja membaik pulih rumah dan penjagaan kesihatan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori