Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Rafizi Minta Calon PAN...

KUALA KANGSAR - Hendak kata ayat jenaka seloroh macam pelik tapi ceramah disampaikan...

Masa Depan V Shem-Wee...

KUALA LUMPUR – Masa depan gandingan beregu badminton lelaki negara Goh V Shem-Tan...

Thaipusam Jadi Cuti Umum...

SUNGAI PETANI - Sambutan Hari Thaipusam akan dijadikan cuti umum sekiranya Barisan Nasional...

Thailand Juara Piala AFF...

KUALA LUMPUR - Thailand memastikan gelaran 'Raja Bola Sepak Asia Tenggara' menjadi milik...

Pengundi Perlu Tolak Pembangkang – Tajuddin

PASIR SALAK – Pengundi diingatkan supaya menolak pemimpin pembangkang yang hanya tahu menabur pelbagai janji manis dan seringkali dilihat muncul apabila tiba musim pilihan raya umum (PRU) sahaja.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pemimpin pembangkang tidak pernah serius dalam memperjuangkan nasib rakyat seperti yang sering dilaungkan oleh mereka.

“Pemimpin pembangkang ini selepas PRU mereka hilang, semasa musim PRU baru nampak batang hidung mereka. Kalau betul hendak membela nasib rakyat tak perlu menang pilihan raya pun boleh berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang ditandingi.

“Namun, pembangkang akan hilang apabila kalah dalam PRU dan ini memperlihatkan mereka tidak pernah ikhlas membantu rakyat,” katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja dan meninjau projek yang dilaksanakan di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kampung Gajah di sekitar kawasan Kampung Gajah di sini hari ini.

Tajuddin berkata oleh yang demikian, pengundi dinasihatkan agar tidak tertipu lagi dengan janji manis pembangkang pada PRU14 , yang pembangkang dilihat tidak pernah konsisten membela nasib rakyat.


“Ini bukan kali pertama, cukuplah pengundi ditipu…jangan terkena tipu lagi kali ini berbanding wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah mungkir janji dengan apa yang kami janjikan.

“BN sentiasa berkhidmat sedaya upaya yang mungkin untuk kepentingan rakyat walaupun kalah di kawasan yang kami bertanding tetapi demi rakyat kami tetap turun padang untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori